Home

Thursday, November 4, 2010

Anak saya nakal

Saya terbaca soal jawab dalam blog Ustaz Amin, ada satu soalan berbunyi begini.

Guest: anak saya umur 2 thn lebih.lasak dan suka mengacau org
lain.saya selalu pukul dia sbb kdg2 hilang sabar.ada cara lain tak utk
dia x degil dan dgr ckp? 2010-10-03 12:45 AM

jawapan: 2 tahun tu normal tu, mesti ikut mak dia waktu kecik dulu

hahaha

Kelakar pun ada, tapi disebaliknya saya belajar sesuatu.

Karena bagi anak, label tersebut adalah suatu imej diri bahawa aku seperti itu. Jadi, lama-lama akan terbentuk dalam fikirannya.

Terdapat satu cerita berkaitan dengan label melabel ini, "Mereka menuduhku seorang pencuri, maka jadilah aku pencuri"

Sedih sekali kan?

Oleh sebab itu, Islam pun menggalakkan kita memberi nama yang baik-baik untuk anak-anak. Nama yang baik itu jika dipanggil berulangkali menjadi doa.

Sekiranya segalanya telah dilakukan, masih lagi anak itu menjadi nanah kepada ibubapa, ada satu lagi jawapan Ustaz Amin yang menyentuh perasaan saya.

Berdoalah, memang kadang kala kita diuji dengan didatangkan orang yang teruk di sekeliling kita

1 comment: