Boleh kah ibu-ibu / para isteri yang tidak pernah mengandung tetapi mahu menyusukan anak angkat mereka atau anak tiri mereka ( di mana kes , ibu tersebut adalah isteri pertama /kedua yang tidak boleh mengandung tetapi mempunyai anak kecil dari isteri lain ) ?
Jawapan nya adalah BOLEH. Terdapat pelbagai cara untuk merangsang pengeluaran susu badan dari seorang wanita itu . Ianya memerlukan determination yang kuat , kesungguhan, keikhlasan dan berdoa kepadaNya semoga semua nya dipermudahkan.
Membaca di internet, aku stumble upon satu website ni yang menceritakan langkah-langkah yang di ambil untuk stimulate susu badan supaya keluar untuk diberikan kepada anak susuan nya.
RAWATAN PERMULAAN DAN RAWATAN HARIAN:
Inilah cara rawatan sebenar yang saya ikuti. Ianya bukan untuk mereka yang lemah semangat dan tiada jaminan bahawa ianya berkesan bagi setiap orang. Saya benar-benar berharap saya mempunyai panduan untuk diikuti semasa saya mula-mula menjalaninya supaya saya tidak berasa begitu khuatir.
PENGEPAMAN:Selama 4 minggu saya menggunakan pam elektrik setiap 3 jam selama 20 minit setiap kali. Saya bahagikan setiap sesi kepada 6-7 minit pusingan dengan pengepaman rendah, sederhana dan kemudian tinggi. Saya tidak mengepam pada waktu malam, tetapi saya melakukannya hingga pukul 11.00 malam, iaitu ia bermakna saya mengepam sebanyak 5-6 kali sehari.
UBAT:Saya mulakan dengan mengambil ubat yang dipanggil “domperidone maleate” yang ditentukan oleh pakar kesuburan pada 30mg/hari. Pakar laktasi pula menaikkan dos kepada 80mg/hari. Ubat ini adalah dalam bentuk pil 10mg.
TEH HERBA:Komfrei, rasberi, jelatang, klover merah, daun alfalfa dan adas. Saya masih lagi mengambil 6 cawan teh setiap hari, setiap jenis herba, ditambah dengan satu uncang teh fenugreek.
KAPSUL HERBA:
Kapsul Blessed Thistle dan Fenugreek. Fenugreek, seperti juga domperidone, mudah dihadam dan ia juga menambah penghasilan susu.
RAWATAN HARIAN:
Saya mengambil pil/herba berikut empat kali sehari dengan secawan teh dan kemudian secawan lagi teh pada masa di antaranya (jumlah teh 6-7/hari)
Rawatan pil 4 x sehari pada pukul 7:30 pagi /11:30 pagi / 3:00 petang / 7:30 petang
1) 2 x Domperidone - (jumlah 20 mg)
2) 2 x Kapsul Fenugreek - (jumlah 1410 mg)
3) 2 x Blessed Thistle - (jumlah 870 mg)
4) 1 cawan teh dengan 2 uncang, Fenugreek campur salah satu daripada 6 herba di atas
5) dan secawan teh lagi seperti di atas selang di antara pil
6) Saya sering mengepam menggunakan tangan semasa menyusukan (terutamanya dalam masa 6 minggu yang pertama).
( Info : http://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=306 )
Menurut web SaraKids juga , para isteri atau ibu yang ingin menyusukan anak angkat mereka boleh juga mengikuti langkah-langkah seperti berikut :
Berbalik kpd teknik menyusukan anak angkat, setiap wanita boleh menyusukan anak. jika dia tidak melalui proses mengandung dan besalin, ada beberapa cara utk menghasilkan susu. biasanya doktor akan prescribe anda dgn pil hormone yg dinamakan prolactine. ianya mengambil masa utk menghasilkan susu keluar. Anda harus merancang pengambilan pil hormon sejak sebelum bayi diberikan pd anda. dan juga cara yg plg baik adalah menggunakan SNS atau (supplemental nursing system) iaitu satu botol tergantung di atas leher si ibu dan dua tiub dr botol tersebut di lekatkan pd breast supaya hujungnya mencecah nipple.
Tiub tersebut adalah lembut dan unnoticed by baby. si ibu akan mengisi susu formula (permulaan) didalam botol tersebut. Bila baby melekap pd aerola/breast ibu, dia juga akan melekap pd tiub halus tu. jadi baby akan hisap susu formula tersebut, pd masa yang sama akan menghisap breast si ibu. jadi disitu proses stimulasi pd breast si ibu akan bermula. Baby akan menghisap breast ibu setiap feeding time dia (feeding on demand) walaupun pd mulanya meminum susu formula. proses stimulasi ini akan meningkatkan kadar prolaktin utk penghasilan lebih bnyk susu. Ibu juga harus tenang, sentiasa berperasaan sedang menyusukan anak.. utk meransang hormon oksitosin yg akan memancutkan susu keluar.
Anda akan rasa satu kenikmatan dlm dunia, menyusukan anak sendiri secara direct, tanpa puting tiruan (shield) dan perasaan ini akan menambahkan lagi bonding between u and your baby and create calm inside you. Lama kelamaan anda akan dapati payudara anda bengkak dan susu mula dihasilkan! teruskan direct feed baby anda, InsyaAllah usaha anda berbaloi! Namun, cara-cara perlekapan (latch) yg betul mesti dipelajari sejak awal utk mengelakkan bayi anda keliru puting dan menolak puting anda. Percayalah, anda boleh =)
( Info dari : http://www.sarakids.com/blog/?p=342 )
Oleh itu, semua wanita mempunyai peluang untuk menyusukan bayi. Jangan lepaskan peluang ini jika anda mempunyai anak angkat lelebih lagi jika anda mempunyai anak sendiri. Menyuskan anak tidak pernah menyusahkan !
Good luck mommies!
No comments:
Post a Comment