Home

Showing posts with label success breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label success breastfeeding. Show all posts

Wednesday, December 1, 2010

Antara Aktiviti Kelab Susu Ibu Melaka


Jumaat lepas , Kelab Susu Ibu Melaka telah mendapat kebenaran dari Pengarah Hospital Besar Melaka untuk melakukan support mother to mother visit khasnya dalam membimbing, memberi tunjuk ajar dan support untuk ibu-ibu tentang breastfeeding.Antara jalan terbaik yang dirasakan oleh pihak Kelab adalah dengan membuat visit and support to the mothers kat hospital.


Kami ( Aku and Wawa ) sampai around 11am dan setelah diperkenalkan oleh nurses di ward O&G oleh sister Menaka, so kami pun buat lah tugasan kami. Hanya sempat cover 2 wards tapi kebanyakan ibu , anak-anak mereka diletakkan di nursery ( atas sebab kesihatan ) . So, ada few je yang baby rooming in with mother.

Ada sorang ibu ni, aku cukup salute with her determination to pump her milk. Anak dia masih di nursery atas sebab kesihatan dan masih dipuasakan ( no milk ) . So bila kami sampai di katil ibu ni, tengok dia tengah pumping. Wawa pun bantu tuamkan breast ibu ni coz dah engorged sangat. At the same time, Wawa ajar cara betul hand expressing breastmilk. Sebab ibu ni menggunakan manual pump which all mothers tau, stimulation memang payah kalau pakai manual.So, to up kan stimulation breast untuk mengeluarkan susu, jalan terbaik adalah hand express, then bila flow dah laju, sambung guna pump.Ibu ni dah lah c-zer and it was like her 2nd day but her passion to pump, bersungguh-sungguh aku tengok dan memang aku salute. Kita pun tahu siapa bersalin c-zer sakit nya memang extra lebih sikit dari bersalin normal.

Then aku attend one mum ni. Baru bersalin jam 7.20am pagi tu. And waktu aku ke katil dia, ibu ni tengah breastfeed baby dia. So, dia cakap dah lama sungguh baby dia hisap. Susu dia ada ke tak de agaknya. Aku cakap, keep on bagi to stimulate the milk supaya keluar. And ibu ni kata tangan dia dah lenguh, dia try letak baby dia, baby dia cam nangis tak puas.So aku betulkan posisi ibu, tangan biarkan relax dan lega supaya ibu selesa and tak penat badan nak susukan. Dalam breastfeeding position ni, yang penting kita kena relax, bila badan kita tak relax , tu yang kita rasa tak selesa and anak nyusu pon macam tak selesa.


So, memang kesian tengok ibu ni, aku cakap kat ibu ni, why not try lepaskan nipple. And check kot kot le baby ni poo poo ke tu yang baby cam rasa tak sedap je. Sekali bila letak kat baby cot, tu diaaaaa..poo poo amat banyak sekali. So, aku pon mau praktis balik skill pegang baby kecik , aku volunteer to bersihkan the baby girl. Lepas bersihkan apa semua , terus lelap. Huhuhuhuhu. Sign of baby kadang2 rasa tak best , adalah tengok pampers dia. Poo-poo atau kencing dah banyak sangat.Bila baby tu dah tido, aku terfikir lagi 2 bulan gitu, it’s my turn to hold a baby sekecik itu. Dah bersedia ke aku? :) 

Anyway, ada macam2 ibu dengan macam-macam jenis masalah yang kami dapat attend. And we really enjoy it even though habis je visit around 12.30pm tu, perut aku memang terasa lain macam nya. Maybe due to jalan banyak sangat. Besar gila la hospital melaka ni.

Insya allah, next friday we will be doing the same thing. Hopefully dapat jumpa mothers yang lain.

Those mothers yang nak join kami di Kelab Susu Ibu Melaka, feel free to leave a comment di entry ini atau SMS :

Arin : 016-2792755
Wawa : 019-6551980



Sunday, November 28, 2010

Colostrum Milk?Brown?Yellow?Pinkish?

Kelmarin , one of Kelab Susu Ibu Melaka nya members smsed and tanya bout colostrum milk. Kenapa ada orang yang yellowish in colour, and kenapa ada yang brownish. And si ibu yang baru lepas bersalin tu worried la coz the colostrum milk that keluar dari breast dia adalah brownish in colour.

 pix : http://blog.luckyvitamin.com/wp-content/uploads/2008/10/breastmilk.png


So, meh kita baca dulu , apa sebenar nya colostrum milk ni.
Colostrum Milk ni dipanggil juga “First Milk” . Ianya akan keluar sebelum kita bersalin atau sejurus lepas bersalin . Colostrum ni memang kaya dengan antibodi dan good bakteria yang akan protect anak kita dari dapat penyakit2 yang tidak diingini sewaktu baru dilahirkan. Colostrum juga membantu prevent jaundice .
Antara kebaikan colostrum milk ni :

Colostrum contains antibodies to protect your baby from illnesses

Like breastmilk, colostrum provides numerous antibodies to the baby through its powerful white blood cells. These cells can attack harmful bacteria that may cause your baby to get sick during his first few days of life. For this reason, both colostrum and breastmilk are actually closer to human blood than they are to infant formula in their amazing ability to fight off disease and illness.

Colostrum acts as a “laxative” to stimulate the baby’s bowels

As the mother feeds her baby colostrum in the first few days, it helps the baby to pass the first stool. This stool is referred to as meconium and contains bilirubin. Bilirubin is a substance that causes newborn jaundice if it is not removed through stool and urine. If you breastfeed your baby frequently in the first few days after birth, you can indeed help to reduce her risk of deveoping jaundice.

Colostrum contains healthy nutrition for newborns

Colostrum is quite high in protein content as well as lower in fat and sugar. This makes colostrum an ideal first food for the baby not only in terms of nutrition, but for the baby to be able digest more easily than other nutritional supplements such as infant formula.
dan banyak lagi kebaikannya . Klik SINI .
 
Tapi kenapa ada macam-macam colours?
 
Our milk  depends on apa yang kita makan. Our food intakes, vitamins yang kita makan, ubat-ubatan yang kita ambil. Thus , colour of colostrum milk are vary.
Terdapat juga colour colostrum yang brownish to pinkish. Ianya di panggil juga “rusty pipe” syndrome. Jangan risau kalau tetiba colostrum yang keluar dari badan kita adalah colour sebegini. Usually it is due to dried blood yang keluar dari badan kita .
This typically comes from vascular engorgement, due to the increased blood flow to the breast. It is also related to the extremely quick development of milk-producing tissue during pregnancy. It is perfectly safe to feed the expressed milk to the baby. If the baby is at the breast, it is equally as safe to ingest the small amounts of blood being cleared. There is no medical treatment, but it will usually clear up within a week after birth.
Info : SINI

Banyak ke kuantiti colostrum milk yang patut keluar dari badan kita?
 
 pix : http://newborns.stanford.edu/images/expressedcolostrum1.jpg

Baby yang baru lahir tidak memerlukan susu yang banyak. Saiz perut baby yang baru lahir adalah sebesar guli kecik je. Thus susu yang diperlukan tidak banyak, dan colostrum milk yang di produce oleh badan, even though sikit tapi mencukupi untuk anak kita.
 
So, bila sahaja melahirkan anak, selepas anak itu telah dibersihkan, usually nurses akan beri pada kita untuk disusukan. For first time mother atau mak-mak yang dah lahirkan 2,3 anak ..jangan risau nurses will guide you guys on how is latching, positioning should be done. Kata lah nurses buat diam je tak beri anak pada kita, ask for your baby.Breastfeed your baby in the 1st hour after delivery tu. Sebab time ini lah first milk akan keluar.
 
Good luck mothers!

Monday, November 15, 2010

Aktiviti Kami Sekitar November 2010

Bulan November 2010 ini, dijangka aktiviti voluntarily work aku & wawa agak penuh. But we really love it. Coz we're doing it with full of passion and we want to share the passion with all the ladies tak kisah la yang terdiri dari kaum mak-mak, bakal mak atau yang masih belum berkahwin dan mempunyai anak. Yang penting, segala info , segala pengalaman dapat dikongsi bersama.

Pada 12 November 2010, salah seorang our monthly SGM member's telah menjemput aku and wawa for a small talk bout early breastfeeding and myths. Small get together with the staff ini telah di buat di Centre for Affiliate and Diploma Programme di MMU , Melaka.Staffs yang memang eager untuk berkongsi pengalaman dan info . Talk telah diadakan dari jam 3pm - 5pm ++ . Terima kasih warga MMU kerana menjemput kami.



Monthly mom- to mom Support Group Meeting yang di conduct oleh Kelab Susu Ibu Melaka juga telah diadakan pada 14 November 2010 . Terdapat muka-muka baru yang datang kali ini. Perbincangan kali ini, berkisar tentang pelbagai masalah : ada pasal risau bila pump tak cukup, kerisauan tidak dapat meneruskan breastfeeding journey selepas habis pantang dek kerana jerja dan bermacam lagi. 


Insya Allah, pada 26 November 2010 , kumpulan Kelab Susu Ibu Melaka akan mengadakan hospital visit di Hospital Melaka. Ianya adalah salah satu cara untuk kami memberikan support, menyalurkan info pada ibu-ibu yang baru bersalin di hospital Melaka. Mom-to mom support adalah lebih berkesan dan efekif.

Penutup bulan November iaitu pada 29 November 2010, sekali lagi Kelab Susu Ibu Melaka dijemput untuk bersama-sama menjayakan Seminar Susu Ibu di Hospital Jasin , Melaka . Insya allah, kami akan membuka booth dan bolehlah para penduduk sekitar Jasin datang untuk bertanya, meminta pendapat mengenai susu ibu kepada kami pada hari itu. Insya Allah, kami sedia membantu . :)

Semoga apa yang kami lakukan dan akan lakukan ini, akan memberi benefit pada semua di luar sana . :)

Saturday, October 9, 2010

Bila Makan Supplement Tapi Susu Masih Kurang.Apa Perlu Dibuat ?

Badan kita semua tidak sama. Ada yang badan boleh terima segala macam petua untuk meningkatkan susu badan. Ada yang susah sangat nak terima. makan macamana pun, susu badan tak nak keluar atau kurang.

Bila terjadi bebenda macam ni, jangan stress sangat. Tu petua paling penting. Sebab it will effect production of the milk. Tapi kawan-kawan semua cakap makan itu boleh tambah susu, makan ini boleh tambah susu. Tapi kenapa bila diri sendiri makan, tak da apa-apa pon effect??Ni boleh menambah stress.

Pengalaman aku sendiri, waktu susu agak merundum dulu ( aku tak pernah pumping, selama hampir 2 tahun menyusukan Zara, aku direct feeding dia je ) , so aku cuba milk maid tea, aku try makan halba, try minum air mata kucing but it doesn’t work for me.

So, apa penyelesaian nya?

Kita berbalik pada badan kita . Know our body. Explore our own breast.

1. Breast Massage:
Cemana nak buat ? Massage the breast from the chest towards ke nipple part. buat berulang kali secara perlahan-lahan. Kenapa nak kena massage ?

Ini kerana  urat-urat kita perlu di urut untuk membolehkan flow susu keluar dengan cepat dan mudah.Boleh lakukan breast massage ni sewaktu mandi atau sewaktu feeding the baby. Sebelah bagi anak susu, sebelah lagi massage the breast. Lakukan setiap hari so that boleh nampak perbezaan milk flow nya.

2. Check nipple kita untuk plugged ducts .
Adakala susu susah nak keluar kerana nipple duct kita dah tersumbat. Kenapa boleh tersumbat? Ni disebabkan oleh susu kering yang melekat di permukaan nipple kita. Bersihkan nipple secara perlahan-lahan.Insya Allah, selepas itu berikan baby that particular side first – side yang dah tersumbat tu.

3. Body Massage especially bahagian shoulder and back .
Kita berbalik kepada asal. Badan kita dah penat bekerja, penat duduk, penat berdiri segala-gala nya penat. Maka, urat kit apon penat. Flow darah agak slow dan sebagai nya. So Urut shoulder / bahu dan bahagian lengan supaya flow darah dan seterusnya urat kita akan bekerja dengan baik semula. Bila semua dah bekerja dengan elok, urat tak senget-senget lagi , milk flow akan laju dan production atau atau susu akan keluar dengan laju.

4. Cuba Hand Expressing .
Study menunjukkan hand expressing mampu meningkatkan milk production dan pengeluarannya lagi tinggi compared in using electric gadget for pumping. Macamana nak buat hand expressing : Terdapat pelbagai cara yang mana sesuai/comfortable bagi kita untuk lakukannya. Antara cara yang boleh dilakukan :


Thus itu antara langkah-langkah yang boleh kita buat bila segala usaha makan supplement atau sebagai nya tidak berjaya. Paling tidak pun sebelum membeli supplement meningkatkan susu badan dan sebagai nya, kita cuba cara ni dulu.

Jimat wang , badan pun rasa lebih refresh dan bertenaga. Betul tak?

Good luck mummies!!

Info :
1. http://www.moondragon.org/obgyn/pregnancy/breastfeedproblems.html
2. http://www.breastfeeding-problems.com/breast-massage.html


Monday, September 6, 2010

Bad Breastfeeding Advice

To mommies out there, if ada yang memberi advice sebegini rupa, jangan terus-terus percaya. Bertanya kepada mereka yang arif . 

Ni antara bad breastfeeding advice adalah :

1. *Switch breasts every 5-7 minutes, 10 minutes, etc.  
Never watch the clock when you are nursing. Baby will tell you that he is done by pulling off of your    breast or falling asleep. When baby is finished with one breast, offer the second, though baby may or may not take it. 

2.  *It won’t hurt to give one bottle of formula, a pacifier, etc: 
Both bottles and pacifiers can cause nipple confusion. With a bottle, baby may also decide he likes the faster flow of a bottle and may refuse the breast. Artificial nipples should only be introduced once nursing has been well established for a minimum of 3 weeks.
Milk production is a supply and demand process. If you give baby that one bottle of formula, your body will think baby doesn’t need as much milk, and will decrease your supply. With a lower supply, you will have to supplement with more formula, your body will continue to decrease your supply, and you’ll soon be down to nothing.

3. *Give baby a little cereal in a bottle; it will help him sleep through the night.  
Babies need NOTHING but breastmilk until at least 6 months of age. This cuts down on developing food allergies and gives the digestive tract time to mature. All babies are different, and giving cereal will not always guarantee sleeping through the night. 

Ada banyak lagi nasihat-nasihat yang dirasakan tidak benar mengenai breastfeeding. Untuk info selanjut nya , boleh click SINI .  

Info : http://mother-2-mother.com/bad-advice.htm 
 

Thursday, August 19, 2010

Menyusukan Anak Angkat

Boleh kah ibu-ibu / para isteri yang tidak pernah mengandung tetapi mahu menyusukan anak angkat mereka atau anak tiri mereka ( di mana kes , ibu tersebut adalah isteri pertama /kedua yang tidak boleh mengandung tetapi mempunyai anak kecil dari isteri lain ) ?

Jawapan nya adalah BOLEH. Terdapat pelbagai cara untuk merangsang pengeluaran susu badan dari seorang wanita itu . Ianya memerlukan determination yang kuat , kesungguhan, keikhlasan dan berdoa kepadaNya semoga semua nya dipermudahkan.

Membaca di internet, aku stumble upon satu website ni yang menceritakan langkah-langkah yang di ambil untuk stimulate susu badan supaya keluar untuk diberikan kepada anak susuan nya. 

RAWATAN PERMULAAN DAN RAWATAN HARIAN:
Inilah cara rawatan sebenar yang saya ikuti. Ianya bukan untuk mereka yang lemah semangat dan tiada jaminan bahawa ianya berkesan bagi setiap orang. Saya benar-benar berharap saya mempunyai panduan untuk diikuti semasa saya mula-mula menjalaninya supaya saya tidak berasa begitu khuatir. 





PENGEPAMAN:
 Selama 4 minggu saya menggunakan pam elektrik setiap 3 jam selama 20 minit setiap kali. Saya bahagikan setiap sesi kepada 6-7 minit pusingan dengan pengepaman rendah, sederhana dan kemudian tinggi. Saya tidak mengepam pada waktu malam, tetapi saya melakukannya hingga pukul 11.00 malam, iaitu ia bermakna saya mengepam sebanyak 5-6 kali sehari.



UBAT: 
Saya mulakan dengan mengambil ubat yang dipanggil “domperidone maleate” yang ditentukan oleh pakar kesuburan pada 30mg/hari. Pakar laktasi pula menaikkan dos kepada 80mg/hari. Ubat ini adalah dalam bentuk pil 10mg.



TEH HERBA:
Komfrei, rasberi, jelatang, klover merah, daun alfalfa dan adas. Saya masih lagi mengambil 6 cawan teh setiap hari, setiap jenis herba, ditambah dengan satu uncang teh fenugreek.



KAPSUL HERBA: 
Kapsul Blessed Thistle dan Fenugreek. Fenugreek,  seperti juga domperidone, mudah dihadam dan ia juga menambah penghasilan susu.



RAWATAN HARIAN: 
Saya mengambil pil/herba berikut empat kali sehari dengan secawan teh dan kemudian secawan lagi teh pada masa di antaranya (jumlah teh 6-7/hari)
Rawatan pil 4 x sehari pada pukul 7:30 pagi /11:30 pagi / 3:00 petang / 7:30 petang
1) 2 x Domperidone - (jumlah 20 mg)
2) 2 x Kapsul Fenugreek - (jumlah 1410 mg)
3) 2 x Blessed Thistle - (jumlah 870 mg)
4) 1 cawan teh dengan 2 uncang, Fenugreek campur salah satu daripada 6 herba di atas
5) dan secawan teh lagi seperti di atas selang di antara pil
6) Saya sering mengepam menggunakan tangan semasa menyusukan (terutamanya dalam masa 6 minggu yang pertama).

( Info : http://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=306 )


Menurut web SaraKids juga , para isteri atau ibu yang ingin menyusukan anak angkat mereka boleh juga mengikuti langkah-langkah seperti berikut :

Berbalik kpd teknik menyusukan anak angkat, setiap wanita boleh menyusukan anak. jika dia tidak melalui proses mengandung dan besalin, ada beberapa cara utk menghasilkan susu. biasanya doktor akan prescribe anda dgn pil hormone yg dinamakan prolactine. ianya mengambil masa utk menghasilkan susu keluar. Anda harus merancang pengambilan pil hormon sejak sebelum bayi diberikan pd anda. dan juga cara yg plg baik adalah menggunakan SNS atau (supplemental nursing system) iaitu satu botol tergantung di atas leher si ibu dan dua tiub dr botol tersebut di lekatkan pd breast supaya hujungnya mencecah nipple. 

Tiub tersebut adalah lembut dan unnoticed by baby. si ibu akan mengisi susu formula (permulaan) didalam botol tersebut. Bila baby melekap pd aerola/breast ibu, dia juga akan melekap pd tiub halus tu. jadi baby akan hisap susu formula tersebut, pd masa yang sama akan menghisap breast si ibu. jadi disitu proses stimulasi pd breast si ibu akan bermula. Baby akan menghisap breast ibu setiap feeding time dia (feeding on demand) walaupun pd mulanya meminum susu formula. proses stimulasi ini akan meningkatkan kadar prolaktin utk penghasilan lebih bnyk susu. Ibu juga harus tenang, sentiasa berperasaan sedang menyusukan anak.. utk meransang hormon oksitosin yg akan memancutkan susu keluar.

Anda akan rasa satu kenikmatan dlm dunia, menyusukan anak sendiri secara direct, tanpa puting tiruan (shield) dan perasaan ini akan menambahkan lagi bonding between u and your baby and create calm inside you. Lama kelamaan anda akan dapati payudara anda bengkak dan susu mula dihasilkan! teruskan direct feed baby anda, InsyaAllah usaha anda berbaloi! Namun, cara-cara perlekapan (latch) yg betul mesti dipelajari sejak awal utk mengelakkan bayi anda keliru puting dan menolak puting anda. Percayalah, anda boleh =)
 




( Info dari : http://www.sarakids.com/blog/?p=342 )

Oleh itu, semua wanita mempunyai peluang untuk menyusukan bayi. Jangan lepaskan peluang ini jika anda mempunyai anak angkat lelebih lagi jika anda mempunyai anak sendiri. Menyuskan anak tidak pernah menyusahkan !

Good luck mommies!

Monday, August 2, 2010

Kekal cantik walau menyusu

Artkel yang menarik di Utusan Malaysia Online, boleh dikongsi bersama .

Kekal cantik walau menyusu

Eh, tak malukah?” tanya seorang teman. Dia bertanya begitu ketika membelek-belek album gambar saya yang sedang menyusukan bayi di kawasan tempat duduk kompleks membeli-belah. Mungkin gambar menyusu di tempat duduk kawasan orang lalu-lalang itu sedikit membuatkan dia rasa tidak selesa. 

Dengan selamba saya menjawab; “Mengapa pula perlu malu? Rasa bangga adalah.”
Entah apa sebabnya, menyusu bayi bagi kebanyakan ibu kini menjadi antara perkara yang memalukan mereka. Lebih mengecewakan, ada yang menganggap menyusu di khalayak kelihatan selekeh, tidak cantik dan kolot. 

Menyusu terlalu lama (sehingga anak melebihi usia dua tahun) juga kata mereka menyebabkan payu dara cepat mengendur, sekali gus menjejaskan penampilan.
Sejauh mana fahaman mereka dalam hal itu, saya percaya semua disebabkan oleh kurangnya pengetahuan dan sokongan daripada orang sekeliling.Apa yang pasti, menyusu sememangnya mempunyai banyak manfaat kepada ibu dan bayi sama ada dari segi kecantikan, kesihatan, mental serta emosi.

Payu dara kendur?

“Pandangan itu tidak benar sama sekali,” kata Kaunselor Laktasi dari Pusat Perubatan Prince Court, Chuah Pek Chin.
Beliau yang telah lebih 30 tahun terlibat dalam bidang perbidanan berkata, menyusu tiada langsung kaitan dengan payu dara kendur dan ‘mahkota’ wanita itu tetap berubah bentuknya apabila sampai masanya.
Perubahan bentuk payu dara, katanya, disebabkan rangkaian tisu-tisu pada bahagian itu lemah sejajar dengan peningkatan usia.Malah wanita yang tidak pernah menyusukan sekali pun akan mengalami pengenduran payu dara lebih awal sekiranya mereka tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat termasuk bersenam.
Bagi Pek Chin, menyusu sebenarnya mempunyai seni tersendiri. Ibu-ibu katanya, perlu tahu cara yang betul melekap bayi ke payu dara, barulah penyusuan akan berjaya.

Ibu-ibu yang menyusu juga sebenarnya memiliki payu dara yang lebih cantik dan penuh. Pemakaian coli yang sesuai untuk menyokong payu dara yang penuh amat membantu dalam mengekalkan bentuknya.Bagaimanapun katanya, selepas bercerai susu ibu-ibu akan mendapati payu dara mereka sedikit ‘jatuh’ daripada biasa. 

“Namun beberapa bulan selepas itu, hormon akan kembali stabil dan mereka perlu melakukan senaman untuk membuatkan ia kembali kepada bentuk asal,” kata Pek Chin yang pernah berkhidmat di Eropah dan Singapura.Tambahnya lagi, menyusu sememangnya mempunyai banyak kebaikan kepada ibu dan bayi.
Tentu sekali faktor kecantikan fizikal antara tarikan yang sepatutnya diambil berat oleh mereka yang ingin menyusukan bayi.

Menurutnya, daripada sesi bual bicara selepas bersalin yang beliau hadiri, ramai ibu mengaku menyusu membantu mereka kembali langsing secara semula jadi dengan pantas.“Lemak-lemak berlebihan yang tersimpan dalam badan akan dibakar ketika menyusu. Bukankah ini antara bentuk senaman yang paling mudah dilakukan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, ibu-ibu perlu memastikan berat badan yang ideal sepanjang mengandung iaitu tambahan hanya sekitar 11 hingga 15 kilogram. Ini amat penting dalam usaha mendapatkan bentuk badan yang diingini selepas kelahiran kelak. Pengambilan makanan yang seimbang dapat membantu, begitu juga dengan senaman.“Menyusu dapat mengurangkan risiko obesiti jangka masa panjang,” katanya.

Bagi mengekalkan kesihatan ibu sepanjang menyusukan bayi, Pek Chin menyarankan agar mereka melakukan senaman ringkas seperti berjalan, regangan ringan dan senaman lantai sejurus badan kembali selesa (empat atau lima hari selepas bersalin).

Selepas enam hingga lapan minggu, mereka sudah boleh melakukan senaman berat seperti aerobik.
Tiada pemakanan khas diperlukan oleh ibu dalam menjayakan sesi penyusuan mereka. Yang paling utama adalah pengambilan makanan berkhasiat dan lengkap dengan pelbagai vitamin.“Jika seorang dewasa memerlukan 2000 kcal setiap hari, ibu mengandung pula memerlukan tambahan antara 300 hingga 500 kcal lagi,” kata beliau.Menurutnya, sebanyak 700 hingga 800 kcal diperlukan untuk pengeluaran susu yang mana 500 kcal diperolehi daripada diet harian. Manakala 250 hingga 300 kcal lagi daripada penyimpanan lemak dalam badan.Bagi ibu yang obes atau mempunyai berat badan berlebihan pula katanya, mereka tidak memerlukan kalori tambahan. 

 Pengambilan air yang mencukupi amat penting dalam penghasilan susu. Bagaimanapun kata beliau, meminum susu tidak bererti memperbanyakkan susu badan. YanG paling utama adalah pengambilan cecair bagi menggantikan air yang hilang melalui penyusuan.“Ibu menyusu perlu mengambil banyak sayur segar, produk tenusu rendah lemak, daging merah dan juga protein,” katanya.

Pengambilan kafein pula katanya perlu dihadkan antara satu atau dua cawan saja sehari, itu pun selepas menyusukan bayi. Jika tidak, bayi akan meragam dan tidak selesa.Mengenai pengambilan suplemen pula, Pek Chin berkata sebenarnya ia tidak perlu jika kita mengambil makanan yang berkhasiat. Namun, ibu-ibu boleh meneruskan pengambilan suplemen yang dipreskrip doktor atau juga mencuba petua bergantung kepada keselesaan mereka.“Walaupun begitu, vitamin B6 diketahui mampu meningkatkan pengeluaran susu,” jelasnya.

Bagi ibu yang mengamalkan vegetarian pula, mereka mungkin mengalami kekurangan vitamin B12 yang terkandung dalam protein haiwan. Oleh itu, mereka perlu mengambil suplemen tambahan mengikut panduan yang diberikan pakar.

Thursday, July 29, 2010

Mom To Mom Support Group Get Together

Penyusuan Susu Ibu perlukan keazaman, kekuatan mental, ketahanan emosi dan pengetahuan. Anda rasa anda keseorangan?

Jangan risau. Marilah sama-sama kita menyokong antara satu sama lain. Sertailah kami diperjumpaan ini:



Mom to Mom Support Group Get Together
Bila? 1 Ogos 2010 (Ahad) jam 4.00 - 5.00 petang

Dimana? Lot 156, Jalan Bukit Beruang, Bukit Beruang Heights, Melaka.



Hubungi kami untuk maklumat lanjut:

Ashikin (Air Keroh)                     017.381.1605
Menaka (Bukit Beruang)             017.6150.757
Jess Wong (Alor Gajah)              016.3568.093
Mariati (Melaka Tengah)             013.760.1693
Wawa (Merlimau)                       019.655.1980
Arin Yaakob (Tengkera)             016.279.2755

Jumpa di sana ya!

Sifir Puasa Ibu Menyusu

Ramadan bakal menjelma. Ada ibu-ibu yang menyusukan anak mula khuatir dengan stok susu dan penyusuan anaknya. Jangan risau. Berpuasalah seperti biasa.

Berikut ada beberapa tips untuk menjalani ibadah puasa dan tetap menyusukan bayi tanpa kerisauan:

1. Sediakan stok susu (ebm) yang mencukupi.  \

2. Kerapkan pengepaman pada waktu malam selepas berbuka jika khuatir tidak larat untuk meneruskan puasa jika mengepam pada waktu siang hari.

3. Amalkan bersahur dan jangan tinggalkan sahur.

4. Banyakkan memakan kurma.  Berbuka dengan kurma sendiri adalah amalan sunat. Gula dalam kurma adalah jenis glukosa dan fruktosa yang mudah diserap ke darah dalam badan. Karbohidrat dalam kurma wujud dalam bentuk glukosa dan fruktosa, jadi ia mudah diserap dengan segera dan akan membekalkan tenaga kepada kita.

5. Minum air secukupnya supaya tidak dehydrated.

6. Banyakkan berehat.

7. Bagi anak-anak yang sudah berusia 6 bulan dan telah diperkenalkan makanan tambahan, saya kira ibu-ibu boleh menggalakkan penggambilan makanan pejal dengan lebih kerap dan ini menampung keperluan susu pada waktu siang.

8. Berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan segalanya.

Walau bagaimanapun, Islam itu tidak memberatkan. Terdapat kemudahan untuk sesetengah golongan yang kurang keupayaan dalam hal-hal ibadah termasuklah dalam ibadah puasa.


Allah telah berfirman, "Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan Dia tidak menghendaki kesukaran bagimu." (Al-Baqarah: 185)

dan Firman-Nya lagi, "Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. "(al-Haj: 78)

Terdapat rukhshoh (keringanan) dalam syari’at bagi para ibu yang sedang menyusui untuk meninggalkan puasa Ramadan dengan membayar fidyah sebagai gantinya.

Hal ini disebabkan adanya masyaqqoh (kesulitan) untuk menyusui sambil berpuasa, dimana ibu menyusui perlu untuk minum dan makan yang mencukupi agar dirinya mampu  menyusukan dan juga agar penghasilan  ASI tetap lancar.

Hal ini juga menunjukkan pentingnya menyusuikan anak dengan ASI. Seandainya ia tidak penting, syari’at boleh sahaja menentukan ibu menyusukan tetap wajib berpuasa dan bayinya diberi minum dari susu-susu lain seperti formula, susu lembu dan sebagainya.


Oleh yang demikian, teruskanlah penyusuan dan jika tidak mampu, maka ingatlah sifir ini,


Selamat mempersiapkan mental dan fizikal untuk menjalani ibadah puasa.

Sumber:
1. http://nonaku.com/blog/
2. http://ratuhati.com
3. Saifulislam

Monday, July 26, 2010

Fathers Can Support Breastfeeding Too

We all know that breastfeeding is good for the mother and the baby. But how about the father? Often times, fathers will feel left out.

Don't fret. Fathers have their own roles in breastfeeding.

Now, how can fathers be in the family breastfeeding team? There are 7 ways fathers can support breastfeeding according to Alexis Ridrigo from Keep Abreast.



And this is how my husband supports breastfeeding (according to the list).

1. He supported her natural birthplan :

The husband failed to be there when i delivered - the first, second and also the third time (despite me giving birth in the private hospital so that he could stay and accompany me.)

But nevermind lah.

He let me choose the hospital i wanted to go, the OB-GYN and whatever decision in regards of the birthplan.


:)

2. He allowed her to room in with her babies.

Me,  being a bad mother asked the nurses to take care of my baby while i tried to get some sleep after a long night. I managed to breastfeed my baby after birth anyway. And when i was home for confinement, he let me be with the baby all time.

3. He took over caring for their older children

While i be with the baby in the same room, the husband took care of the older kids. And everytime when i need to sleep early, or when i was down with migraine, or whenever i just am plain lazy.

4. He woke up in the middle of the night to take care of the baby

He doesn't have to do this. I change the kids diapers before i go to sleep.

Whenever Sawda is hungry, all she has to do is to latch on my breast.

And Sawda hardly woke up at night for other purpose other than to be breastfed. She is really a gift from heaven.

But i am sure, if Sawda ever needs attention in the middle of the night, he will be able to take care of her.

5. He is proud of her breastfeeding in the public

He has never restricts me from breastfeeding in the public, but know that i need to make sure that my bare areas are not shown.

6. He never questioned her purchase on breastfeeding supplies and gadgets

He has never questioned any of the purchases. And brought me to any shops to get my breastfeeding stuffs. Near or far.

7. He promotes breastfeeding to everyone he knows.

Oh, there was once, he suggested something on breastfeeding to Muslimat PAS Melaka during the PAS meeting.

And he also suggested me to start the (Melaka) Breastfeeding Mothers Support Group (which we already have now, even though i did not initiated the support group) , create a blog solely dedicated on breastfeeding issues (this blog), let me spent my weekend to attend the lactation training, and many more.

He also tells his friend that his kids are breastfed babies.

He encourages his female friends to breastfeed their babies.

All in all, fathers and husbands should also support breastfeeding.

Read here for more breastfeeding benefits for fathers.

:)

Friday, July 23, 2010

Mengandung?

Beberapa hari tidak menulis di sini. Anyway, alhamdulillah aku sudah mencecah minggu ke-12 dalam pregnancy kali ke tiga ini dan masih lagi menyusu Zara yang berusia 19 bulan ++ . 

Ramai ibu-ibu di luar sana yang ragu-ragu boleh ke mereka menyusukan anak bila mengetahui bahawa diri mereka mengandung. Jawapan nya adalah YA . Tetapi terpulang juga kepada ibu-ibu untuk meneruskan  atau tidak menyusukan anak mereka apabila mengandung. 

Terdapat pelbagai info menarik mengenai menyusukan anak sewaktu mengandung , antara nya :
1. Tandem Nursing - Ibu-ibu boleh memilih untuk menyusukan anak dan anak yang baru lahir .
2. Uterine Contraction - Bagaimana kah rasa nya ? Aku pernah rasa. Ianya seperti nyilu seperti period pain. Tapi ianya tidak terus menerus terasa sakit cuma kadang kala sahaja. 
3. Keguguran / Miscarriage - Breastfeeding tidak meningkatkan tahap keguguran unless memang dari awal pregnancy ibu-ibu mengalami permasalahan .
4. Rehat yang secukupnya - Ibu yang mengandung dan masih menyusukan anak mereka akan terasa penat lebih dari selalu. Badan akan terasa tidak sedap dan untuk mengatasi masalah ini rehat yang secukupnya amat diperlukan.Jangan memaksa badan membuat sesuatu kerja kerana ini boleh menyebabkan badan letih.
5. Makan makanan yang berkhasiat - Ini adalah penting!Ianya untuk anak yang sedang menyusu dan juga baby di dalam perut. 
6. Perubahan rasa susu - Di satu ketika, rasa susu ibu akan berubah . Ini menyebabkan si anak akan wean sendiri dari menyusu susu ibu kerana merasakan ianya tidak lagi rasa seperti biasa.
Oleh itu, jika tiada apa-apa permasalahan , teruskan menyusu anak tatkala mengandung. Tetapi jaga pemakanan, kesihatan dan juga badan kita.

Source : http://www.womenshealthcaretopics.com/preg_breastfeeding_during.htm

Sunday, July 18, 2010

Stress Boleh Menyebabkan Kekurangan Susu Badan?

Siapa yang tak pernah mengalami situasi di mana susu merundum turun , kan? Pengalaman aku menyusukan Zara setakat ini yang mencecah hampir 19 bulan, memang selalu aku mengalami low supply of breast milk due to stress. Tapi macamana nak avoid low supply of milk bila stress?

Antara yang selalu aku lakukan:

1. Relax. Seberat mana stress yang kita hadapi, adakala kita kena take it easy. Kena relax dan tenangkan diri. 
2. Take care of ourselves. Minum secukupnya dan makan makanan yang berkhasiat.
3. Cuba menyusukan anak sekerap yang boleh.

Ni antara artikel yang boleh dikongsi bersama due to low milk supply akibat stress :

The effect of stress on breast milk production by Brooke Cheely
( http://www.helium.com/items/733385-the-effect-of-stress-on-breast-milk-production)

I can tell you from experience, when your stress level is high, your milk production is low. Your body is already working double time to produce the milk. Although you are no longer pregnant, your body's nutrients are still escaping through your milk to your baby. Adding stress on top of your already rigorous, demanding routine will cause your body to slow down its processes of producing milk.

In the meantime, I had continued the argument that had caused my stressful state for about 10 minutes. This added to my already stressful day. When my second break of the day came along, I headed up to the lactation room, hoping to get a good supply. To my dismay, I again produced only two ounces from both breasts. I was upset and worried for my child. Why couldn't I produce more? Was my supply running out? Would I have to switch to formula? I prayed I was wrong on all three accounts.

That night, I resolved my stressful argumentative situation, and received a good night's sleep. I continued my eating and drinking habits as normal, and went to work. This time, during my lactation breaks, I was able to produce more than 5 ounces at each break. I was ecstatic, and knew that as long as I keep stress levels low, I would be fine when it comes to lactating. It is impossible to eliminate stressful situations altogether, but my advice is to eliminate what you can, and resolve arguments as soon as possible, because the person really feeling the consequences is your baby, and that is the last person that should ever have to be affected by your stress.
 Sources :
1. http://healthmad.com/women/stress-free-breastfeeding-how-to-increase-breastmilk-supply/
2. http://www.breastfeedingbasics.com/html/increasing.shtml
3. http://www.helium.com/items/733385-the-effect-of-stress-on-breast-milk-production

 

Saturday, July 17, 2010

Friday, July 16, 2010

Adakah anak saya mendapat cukup susu?

Assalamualaikum semua.

Apabila kita menyusukan anak, satu soalan yang sering kita tanya dan tertanya-tanya adalah "Adakah anak saya mendapat cukup susu?".

Sudah tentu sukar bagi kita menentukannya kerana kita tidak tahu berapa banyak yang anak kita minum tertamanya jika anak kita menyusu secara terus dari 'original container' iaitu payudara.

Janganlah risau. Bukan anda seorang sahaja yang mempunyai persoalan itu.
Menurut Irene Zoppi, seorang konsultan Laktasi, ini adalah soalan utama yang ditanya oleh ibu-ibu terutamanya ibu baru.

Berikut adalah perkara-perkara yang kita boleh perhatikan untuk memastikan samada anak kita mendapat susu yang cukup atau tidak.

1. Semasa menyusukan, kita boleh mendengar dan/atau melihat anak menelan.
2. Payudara ibu akan berasa kosong selepas bayi menyusu.
3. Mulai hari ke-5 selepas kelahiran, bayi akan menghasilkan 6-8 lampin basah, (5-6 lampin pakai buang) dan membuang air besar 2-3 kali dalam sehari.
4. Berat badan bayu bertambah dan mengikuti corak pertumbuhan normal.


Secara keseluruhan,” kata Zoppi, “ibu perlu percaya bahawa tubuhnya akan boleh menghasilkan makanan yang cukup untuk bayi sebagaimana yang telah apa yang telah diaturkan dan dicipta (oleh Tuhan).”

sumber:


1. pregnancyandbaby.sheknows.com

Thursday, July 15, 2010

Nursing Wear



Wah, arin dah bukak cerita pasal nursing in public, i nak tambah perisalah ya,

Now this is my story.


Breastfeeding in public, to some is a public offense even in overseas. In my opinion, it shouldn't be. It is such a natural act, but being natural doesn't mean we have to show bare areas. Covering aurat is compulsory. However, nursing can be done discreetly. There are several ways to do so and using nursing wear is one.

What is a nursing wear? A nursing wear is a two layer clothes that will help you nurse discreetly in public while also ensuring that the baby has an easy time suckling.

When i started breastfeeding, I couldn't care much about nursing wear. But after an embarrassing event (i nursed Hamzah under a cctv, i just hope i was outside the coverage area) i told myself to wear another layer of clothing under my outfit.

However as known to all, there are not much choices. Seriously, if you want to venture into business, i think this is a potential one.

A problem is always an opportunity. Betul tak?

I have tried selling nursing cover (that was on 2007) and since then, many creative mothers had come out with their products. Senang je nak buat rupanya, too bad, i ni kerastangan. :P

To date, i am a proud owner of 2 nursing cover, 8 t-shirts and a camisole for nursing purposes. And they aren't enough.

Can never be enough rite?

I got bored using the same shirts over and over again. Sometimes i wonder why is it hard for the products to be made available easily in Malaysia. Of course you can buy online like from motherwear, payment is in USD. Very costly for a thrifty person like me.

By the way, I have a few blog entries that were tagged with nursing clothes.

1. The entry when i received the nursing shirt i bought from mamaparadise, waktu tu baru ada 7 helai.

2. Another entry that mentioned about a camisole to be worn under regular shirts or baju kurung. Quite pricey but worth every cents because it can be used as layer to every single clothes i have. Tapi sekarang Malaysia panas, nak layer-layer ni tak tahan la.

3. Entry on nursing openings here, (at the same time trying to persuade the husband to add more to my collection, but till now tak pernah berjaya. :p).

Talking about openings, there are many types of openings and you can see it here. Of course you can always do-it-yourself, or alter your existing clothes. If i can sew, i'd probably DIY my clothes to any nursing openings and it is not impossible.

The one i love most?

Something like this.


Stylish, chic, and it has holes. Of course i already have one with exact design, but as i have said earlier, we can never have enough clothes, right?

:)

Anyway, now that i have started wearing abaya full-time, i find it is much easier to nurse, anywhere anytime.

You don't have to spend so much, just be creative, and you'll be fine.

Note: This entry was posted in my personal blog for a contest in May 2009. I didn't win anything but i am happy nonetheless.



Wednesday, July 14, 2010

Menyusukan Anak Di Tempat Awam

Apa perasaan anda?

Menyusukan anak di tempat awam?Di Restoran?Di Taman Permainan?

Bangga?

Malu?

Bagi saya, ianya adalah satu perasaan yang tidak dapat dibayangkan. Buangkan rasa malu sebab kita memberi anak susu dan bukan nya membuat sesuatu perkara yang kirang menyenangkan.

Nowadays, terdapat pelbagai jenis nursing cover untuk kegunaan ibu-ibu yang menyusu. Nursing cover ini membantu ibu menutup bahagian hadapan mereka sewaktu ibu-ibu menyusukan anak. Takut anak lemas?Ini tidak mungkin terjadi kerana terdapat ruang udara untuk memudahkan pernafasan anak.Selain daripada itu kain yang biasa digunakan adalah dari breathable fabrics.

Antara contoh nursing cover adalah :
- nursing shawl / poncho -
( http://celebritybabies.people.com/2007/07/06/lovedbaby-featu/)

( http://tinysafari.com/NursingCover.aspx)

Tetapi jika ibu-ibu tidak mempunyai nursing cover atau pakaian sesuai , jangan risau. Di Malaysia, terutamanya di shopping complex, terdapat bilik ibu & bayi yang boleh digunakan untuk menyusu anak. Biasanya , bilik ini adalah dalam keadaan terjaga dan bersih. Ibu-ibu dapat menggunakan bilik ini tanpa apa-apa bayaran.Rehat dan menyusu kan lah anak di dalam bilik ini tanpa ada gangguan dari orang lain.

So, tiada alasan untuk tidak menyusukan anak di tempat awam . Pada pengalaman pertama, mungkin kita akan berasa malu kerana orang ramai akan memandang apa yang kita sedang lakukan. Tetapi dengan adanya nursing cover atau pakaian yang sesuai kita tidak sepatut nya malu kerana bahagian badan kita tidak terdedah untuk tontonan awam.Dan pengalaman-pengalaman seterusnya akan menjadikan kita yakin untuk menyusukan anak di tempat awam.

Good luck mothers!

Tuesday, July 13, 2010

Breastfeeding & Co-Sleeping

Aku tak tidur kan zara ( my 19 months old baby ) dalam baby cot.Bukan takde, tapi di sebabkan zara breastfeed and selalu nya tengah malam dia akan mencari2 bau mak dia, so the best way is to co-sleeping ngan zara.

La nih, me & zara satu katil and sebalah katil lagi satu, ayah & hanum. Hanum tido amat lasak and so do sang suami .:p

So, untuk mengelakkan  Zara tertaekwando tetengah malam, so switch katil. Tu pon, kadang-kadang Hanum terbabas gak ke katil sebelah.Bayangkan la berguling2 nya dia tido.Katil dah cukup luas.Queen Bed + Single Bed di cantumkan.Lagi le seronok dia.

Ada gak pro contra nya co sleeping nih especially with babies.

Pro :
  1. Takyah nak bangun and amik baby untuk feeding kan dia . ( Note : amik dari dalam cot ).turn and twistkan je badan. :) atau dalam kata lain, breastfeed kan baby while baring secara mengiring.
  2. Baby and mak baby akan cepat tertido semula.
  3. Mana-mana baby cot yang boleh di cantum kan dengan adult bed pon boleh guna cara gini.
Contra:
  1. Agak bahaya untuk mak-mak yang tido lasak.
  2. Kalau pakai selimut, seboleh-boleh jangan share ngan baby. Kang tak pasal-pasal naya je baby dalam selimut kita.make sure seperate selimut.
So, pada yang selalu terjaga tengah malam, kena bangun untuk feeding, why not try method gini. It works for me. Yang penting tido pon tak terganggu sangat!

Sources : Here

Saturday, July 10, 2010

Breastfeeding is natural

Breastfeeding is natural, but as i always tell the others, it is not always easy.

It is the biological norm, but it is not the cultural norm in most places.

There are a few basic principles that could help mothers to dramatically increase their likelihood of success and make breastfeeding the enjoyable experience it should be.

1. Babies Have the Urge to Self-Attach :

Start breastfeeding your baby immediately after birth. Babies have a period of alertness during the first hour after birth, and display a strong sucking reflex that is not as strong again until approximately 40 hours later.  Research has shown that, given the chance, babies only minutes old will often crawl up to the breast from the mother’s abdomen, and start breastfeeding all by themselves.  This process may take up to an hour or longer, but the mother and baby should be given this time together to start learning about each other

2. Use the Power of Skin-to-Skin Contact:

Studies have also shown that the warmth from your skin will keep your baby warm enough as in the incubator. It can also enhance the emotional connection to help a new mother feel confident in her ability to care for her newborn. which later promotes increased milk production and breastfeeding success



3. More Milk Out = More Milk Made

That's demand-supply theory, as easy as that. The more you give, the more you get back.

Milk contains a small whey protein called Feedback Inhibitor of Lactation (FIL) – the role of FIL appears to be to slow milk synthesis when the breast is full. Thus milk production slows when milk accumulates in the breast (and more FIL is present), and speeds up when the breast is emptier (and less FIL is present). 
source by: kellymom

And as i have said, it is not always easy. But it is also not always hard. Once you've had the grip of it, it'll be as natural as it should be.