Home

Showing posts with label marmet. Show all posts
Showing posts with label marmet. Show all posts

Saturday, October 9, 2010

Bila Makan Supplement Tapi Susu Masih Kurang.Apa Perlu Dibuat ?

Badan kita semua tidak sama. Ada yang badan boleh terima segala macam petua untuk meningkatkan susu badan. Ada yang susah sangat nak terima. makan macamana pun, susu badan tak nak keluar atau kurang.

Bila terjadi bebenda macam ni, jangan stress sangat. Tu petua paling penting. Sebab it will effect production of the milk. Tapi kawan-kawan semua cakap makan itu boleh tambah susu, makan ini boleh tambah susu. Tapi kenapa bila diri sendiri makan, tak da apa-apa pon effect??Ni boleh menambah stress.

Pengalaman aku sendiri, waktu susu agak merundum dulu ( aku tak pernah pumping, selama hampir 2 tahun menyusukan Zara, aku direct feeding dia je ) , so aku cuba milk maid tea, aku try makan halba, try minum air mata kucing but it doesn’t work for me.

So, apa penyelesaian nya?

Kita berbalik pada badan kita . Know our body. Explore our own breast.

1. Breast Massage:
Cemana nak buat ? Massage the breast from the chest towards ke nipple part. buat berulang kali secara perlahan-lahan. Kenapa nak kena massage ?

Ini kerana  urat-urat kita perlu di urut untuk membolehkan flow susu keluar dengan cepat dan mudah.Boleh lakukan breast massage ni sewaktu mandi atau sewaktu feeding the baby. Sebelah bagi anak susu, sebelah lagi massage the breast. Lakukan setiap hari so that boleh nampak perbezaan milk flow nya.

2. Check nipple kita untuk plugged ducts .
Adakala susu susah nak keluar kerana nipple duct kita dah tersumbat. Kenapa boleh tersumbat? Ni disebabkan oleh susu kering yang melekat di permukaan nipple kita. Bersihkan nipple secara perlahan-lahan.Insya Allah, selepas itu berikan baby that particular side first – side yang dah tersumbat tu.

3. Body Massage especially bahagian shoulder and back .
Kita berbalik kepada asal. Badan kita dah penat bekerja, penat duduk, penat berdiri segala-gala nya penat. Maka, urat kit apon penat. Flow darah agak slow dan sebagai nya. So Urut shoulder / bahu dan bahagian lengan supaya flow darah dan seterusnya urat kita akan bekerja dengan baik semula. Bila semua dah bekerja dengan elok, urat tak senget-senget lagi , milk flow akan laju dan production atau atau susu akan keluar dengan laju.

4. Cuba Hand Expressing .
Study menunjukkan hand expressing mampu meningkatkan milk production dan pengeluarannya lagi tinggi compared in using electric gadget for pumping. Macamana nak buat hand expressing : Terdapat pelbagai cara yang mana sesuai/comfortable bagi kita untuk lakukannya. Antara cara yang boleh dilakukan :


Thus itu antara langkah-langkah yang boleh kita buat bila segala usaha makan supplement atau sebagai nya tidak berjaya. Paling tidak pun sebelum membeli supplement meningkatkan susu badan dan sebagai nya, kita cuba cara ni dulu.

Jimat wang , badan pun rasa lebih refresh dan bertenaga. Betul tak?

Good luck mummies!!

Info :
1. http://www.moondragon.org/obgyn/pregnancy/breastfeedproblems.html
2. http://www.breastfeeding-problems.com/breast-massage.html


Sunday, July 11, 2010

Memerah Susu Menggunakan Tangan


Kak Ed ada pernah bertanya macamana cara nak pam guna tangan kalau pam yang dia ada rosak.


So, kak ed, saya kongsikan tekniknya disini. Tekniknya dikenali sebagai teknik Marmet.

Basically, caranya adalah

1. Basuh tangan dengan bersih.

2. Sediakan bekas yang bersih dan bertutup.

2. Duduk dengan selesa.

3. Urut sekiling payudara untuk merangsang pengeluaran susu.

3. Jika perah payudara kiri, guna tangan kanan.

4. Ampu payudara.

5. Buat pegangan bentuk C. Hanya gunakan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.



Gambar atas posisi betul. Yang dibawah posisi jari salah kerana tidak setentang.



6. Letak ibu jari di atas areola, jari telunjuk dan jari tengah di bawah areola (setentang - imagine posisi jam 12 - 6, 3 - 9).



Tolak


7. Tolak tangan ke dalam dada secara serentak. (Meaning, jari-jari ditolak ke arah dalam tanpa mengalihkan posisi jari-jari tadi).

9. Golekkan jari seolah-olah menekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Ada dua gerakan dilakukan.



Tolak dan golek


Ulang disekeliling areola mengikut arah jam atau lawan jam sehingga payudara kosong.



10. Ulangi langkah secara rythmic. Ulangi tolak+golek, tolak+golek sehingga kilang susu kosong.

11. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Kedudukan jari sentiasa dalam posisi bertentangan contoh: 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya.

12. Ulang sehingga payudara rasa kosong.


Pastikan Kak Ed TIDAK buat perkara-perkara berikut ya.



1. Menekan dengan kuat dan mengheret jari. Payudara boleh melecet jika ini dilakukan.

2. Menarik-narik puting payudara. Lapisan-lapisan lemak pada areola boleh rosak.

3. Meramas payudara (squeeze). Payudara boleh bengkak dan kilang susu boleh rosak.