Home

Showing posts with label teknik. Show all posts
Showing posts with label teknik. Show all posts

Sunday, July 11, 2010

Memerah Susu Menggunakan Tangan


Kak Ed ada pernah bertanya macamana cara nak pam guna tangan kalau pam yang dia ada rosak.


So, kak ed, saya kongsikan tekniknya disini. Tekniknya dikenali sebagai teknik Marmet.

Basically, caranya adalah

1. Basuh tangan dengan bersih.

2. Sediakan bekas yang bersih dan bertutup.

2. Duduk dengan selesa.

3. Urut sekiling payudara untuk merangsang pengeluaran susu.

3. Jika perah payudara kiri, guna tangan kanan.

4. Ampu payudara.

5. Buat pegangan bentuk C. Hanya gunakan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.



Gambar atas posisi betul. Yang dibawah posisi jari salah kerana tidak setentang.



6. Letak ibu jari di atas areola, jari telunjuk dan jari tengah di bawah areola (setentang - imagine posisi jam 12 - 6, 3 - 9).



Tolak


7. Tolak tangan ke dalam dada secara serentak. (Meaning, jari-jari ditolak ke arah dalam tanpa mengalihkan posisi jari-jari tadi).

9. Golekkan jari seolah-olah menekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Ada dua gerakan dilakukan.



Tolak dan golek


Ulang disekeliling areola mengikut arah jam atau lawan jam sehingga payudara kosong.



10. Ulangi langkah secara rythmic. Ulangi tolak+golek, tolak+golek sehingga kilang susu kosong.

11. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Kedudukan jari sentiasa dalam posisi bertentangan contoh: 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya.

12. Ulang sehingga payudara rasa kosong.


Pastikan Kak Ed TIDAK buat perkara-perkara berikut ya.



1. Menekan dengan kuat dan mengheret jari. Payudara boleh melecet jika ini dilakukan.

2. Menarik-narik puting payudara. Lapisan-lapisan lemak pada areola boleh rosak.

3. Meramas payudara (squeeze). Payudara boleh bengkak dan kilang susu boleh rosak.

Saturday, July 10, 2010

Pelekapan Yang Baik

Pelekapan (latch on) yang baik sangat penting. Masalah pelekapan boleh menyumbang kepada banyak masalah seperti engorgement @ bengkak susu, sore nipple @ sakit pada puting, blocked duct, mastitis dan banyak lagi.


Berikut boleh dijadikan indikasi tanda-tanda pelekapan yang baik oleh bayi anda.

  • Keseluruhan/separuh areola berada didalam mulut bayi anda.
  • Bibir atas dan bibir bawah bayi terjuih.
  • Pipi bayi mengelembung
  • Dagu bayi menyentuh bahagian bawah payudara
  • Kelihatan bayi menghisap, menelan dan berehat
Video ini juga bagus untuk membantu pelekapan yang baik.



Pelekapan yang baik akan menyumbang kepada kejayaan penyusuan. Jadi pastikan anda amalkan pelekapan yang baik dari awal lagi.