Beberapa hari tidak menulis di sini. Anyway, alhamdulillah aku sudah mencecah minggu ke-12 dalam pregnancy kali ke tiga ini dan masih lagi menyusu Zara yang berusia 19 bulan ++ .
Ramai ibu-ibu di luar sana yang ragu-ragu boleh ke mereka menyusukan anak bila mengetahui bahawa diri mereka mengandung. Jawapan nya adalah YA . Tetapi terpulang juga kepada ibu-ibu untuk meneruskan atau tidak menyusukan anak mereka apabila mengandung.
Terdapat pelbagai info menarik mengenai menyusukan anak sewaktu mengandung , antara nya :
1. Tandem Nursing - Ibu-ibu boleh memilih untuk menyusukan anak dan anak yang baru lahir .2. Uterine Contraction - Bagaimana kah rasa nya ? Aku pernah rasa. Ianya seperti nyilu seperti period pain. Tapi ianya tidak terus menerus terasa sakit cuma kadang kala sahaja.3. Keguguran / Miscarriage - Breastfeeding tidak meningkatkan tahap keguguran unless memang dari awal pregnancy ibu-ibu mengalami permasalahan .4. Rehat yang secukupnya - Ibu yang mengandung dan masih menyusukan anak mereka akan terasa penat lebih dari selalu. Badan akan terasa tidak sedap dan untuk mengatasi masalah ini rehat yang secukupnya amat diperlukan.Jangan memaksa badan membuat sesuatu kerja kerana ini boleh menyebabkan badan letih.5. Makan makanan yang berkhasiat - Ini adalah penting!Ianya untuk anak yang sedang menyusu dan juga baby di dalam perut.6. Perubahan rasa susu - Di satu ketika, rasa susu ibu akan berubah . Ini menyebabkan si anak akan wean sendiri dari menyusu susu ibu kerana merasakan ianya tidak lagi rasa seperti biasa.
Oleh itu, jika tiada apa-apa permasalahan , teruskan menyusu anak tatkala mengandung. Tetapi jaga pemakanan, kesihatan dan juga badan kita.
Source : http://www.womenshealthcaretopics.com/preg_breastfeeding_during.htm
thanks for this. patut lah ade satu masa rayyan taknak menyusu belah kiri. kanan je.. tak sempat nak google why.
ReplyDelete