Ibu Nabi Musa a.s amat khuatir kerana Firaun akan membunuh setiap anak lelaki yang dilahirkan. Maka Allah memerintahkan ibunya menghanyutkan Musa ke sungai. Firman Allah swt:
” Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa, “Susukanlah dia, jika engkau tajutkan sesuatu bahaya mengenainya, maka lepaskanlah dia ke sungai dan janganlah engkau berasa bimbang dan jangan pula berdukacita, sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan Kami akan melantiknya menjadi seorang daripada rasul-rasul Kami” – Surah Al-Qasas, ayat 7
Bagi ibu yang menyusukan anaknya, satu hormon iaitu hormon oxytoxin atau love hormon akan dirembeskan dan menjadikan diri ibu lebih tenang. Dalam kisah Nabi Musa a.s ini, Nabi Musa tidak menangis apabila dihanyutkan kerana sudah kenyang dan ibunya juga berasa tenang selepas menyusukan Nabi Musa.
Nabi Musa dijumpai oleh dayang istana Firaun. Isteri firaun pula sangat sukakan Musa kerana Musa dikatakan penyejuk mata dan hatinya. Lantaran itu, Isteri Firaun bersungguh-sungguh memujuk Firaun untuk membela Musa.
Oleh kerana Musa masih menyusu, maka mereka pun mencari ibu susuan (wet nurse). Namun atas kuasa Allah, Musa menolak kesemua ibu susuan yang mahu menyusukannya sehinggalah ibu Nabi Musa datang dan menyimpan rahsia sebagai ibu susuan yang ingin menyusukan Musa serta mengasuhnya..
Allah swt berfirman:
” Dan Kami tegah Musa dari menyusu kepada wanita-wanita yang hendak menyusukannya. (Melihatkan hal itu) kakaknya berkata. "Mahukah aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuqah rumah yang dapat memliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya” – Surah Al-Qasas, ayat 12
” Maka Kami kembalikan Musa kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinya dan tidak berdukacita, dan agar dia mengetahui bahwa janji Allah itu benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya” – Surah Al-Qasas, ayat 13
Lain kali saya akan bawakan kisah penyusuan Nabi Ismail pula ya.
Sumber:
1.blog amnikassim
2. Al-Quran Mushaf Malaysia Dan Terjemahan
3. blog kisah nabi
No comments:
Post a Comment