Home

Friday, July 23, 2010

Produk atau proses?

Adakah anda ingin tahu bagaimana penulis The Womanly Art of Breastfeeding menjawab persoalan

"Susu ibu (ASI) dalam botol atau formula dari payudara ibu?"

05812_1 Setakat ini "penyusuan susu ibu didalam botol" masih mendahului undian yang telah diadakan berbanding "susu formula dari payudara".

Mungkin anda mahu tahu jawapan penulis The Womanly Art of Breastfeeding  itu sendiri.

Berikut adalah respon beliau:
"Tiada jawapan yang salah atau betul, tetapi dalam kehidupan masa kini, kebanyakan ibu secara automatik akan memilih produk berbanding proses kerana khasiat dan kebaikan susu ibu. Kajian mengenai susu ibu adalah jelas; namun perhubungan adalah lebih sukar dikaji.  Kita mempunyai banyak kajian mengenai kepentingan cecair berharga ini yang  keluar daripada payudara wanita.

Namun buku ini juga meraikan perhubungan - the heart of breastfeeding - dan bukan sekadar cecairnya sahaja. Penyusuan susu ibu adalah ikatan dan juga sumber makanan, perhubungan antara manusia pertama bagi bayi, direkabentuk sempurna untuk bayi yang baru lahir kedunia sedemikan rupa bukan sahaja faktor immunisasi dan nutrisi yang baik.

Ia juga satu cara penjagaan bayi - perhubungan istimewa yang berkembang setiap kali penyusuan, membina kepercayaan, kedampingan, pengetahuan tentang satu sama lain, dan hubangan pelekapan itu akan kekal lama walaupun setelah lama memberhentikan penyusuan anak."
Perkara ini ada dihuraikan dalam bahagian bertajuk, "What makes this book different from other breastfeeding books?" (Apa yang meneybabkan buku ini berbeza dari buku-buku penyusuan ibu yang lain?"


Adakah anda merasakan penulis menyokong hubungan menyusui lebih dari ASI, jika terpaksa untuk memilih? 


Silalah komen, komen anda sangat dihargai.  

sumber asal;

Hakcikpta terpelihara Motherwear

No comments:

Post a Comment