Home

Thursday, July 29, 2010

Sifir Puasa Ibu Menyusu

Ramadan bakal menjelma. Ada ibu-ibu yang menyusukan anak mula khuatir dengan stok susu dan penyusuan anaknya. Jangan risau. Berpuasalah seperti biasa.

Berikut ada beberapa tips untuk menjalani ibadah puasa dan tetap menyusukan bayi tanpa kerisauan:

1. Sediakan stok susu (ebm) yang mencukupi.  \

2. Kerapkan pengepaman pada waktu malam selepas berbuka jika khuatir tidak larat untuk meneruskan puasa jika mengepam pada waktu siang hari.

3. Amalkan bersahur dan jangan tinggalkan sahur.

4. Banyakkan memakan kurma.  Berbuka dengan kurma sendiri adalah amalan sunat. Gula dalam kurma adalah jenis glukosa dan fruktosa yang mudah diserap ke darah dalam badan. Karbohidrat dalam kurma wujud dalam bentuk glukosa dan fruktosa, jadi ia mudah diserap dengan segera dan akan membekalkan tenaga kepada kita.

5. Minum air secukupnya supaya tidak dehydrated.

6. Banyakkan berehat.

7. Bagi anak-anak yang sudah berusia 6 bulan dan telah diperkenalkan makanan tambahan, saya kira ibu-ibu boleh menggalakkan penggambilan makanan pejal dengan lebih kerap dan ini menampung keperluan susu pada waktu siang.

8. Berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan segalanya.

Walau bagaimanapun, Islam itu tidak memberatkan. Terdapat kemudahan untuk sesetengah golongan yang kurang keupayaan dalam hal-hal ibadah termasuklah dalam ibadah puasa.


Allah telah berfirman, "Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan Dia tidak menghendaki kesukaran bagimu." (Al-Baqarah: 185)

dan Firman-Nya lagi, "Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. "(al-Haj: 78)

Terdapat rukhshoh (keringanan) dalam syari’at bagi para ibu yang sedang menyusui untuk meninggalkan puasa Ramadan dengan membayar fidyah sebagai gantinya.

Hal ini disebabkan adanya masyaqqoh (kesulitan) untuk menyusui sambil berpuasa, dimana ibu menyusui perlu untuk minum dan makan yang mencukupi agar dirinya mampu  menyusukan dan juga agar penghasilan  ASI tetap lancar.

Hal ini juga menunjukkan pentingnya menyusuikan anak dengan ASI. Seandainya ia tidak penting, syari’at boleh sahaja menentukan ibu menyusukan tetap wajib berpuasa dan bayinya diberi minum dari susu-susu lain seperti formula, susu lembu dan sebagainya.


Oleh yang demikian, teruskanlah penyusuan dan jika tidak mampu, maka ingatlah sifir ini,


Selamat mempersiapkan mental dan fizikal untuk menjalani ibadah puasa.

Sumber:
1. http://nonaku.com/blog/
2. http://ratuhati.com
3. Saifulislam

3 comments:

  1. thanks to you too for spreading the love. :)

    ReplyDelete
  2. salam kak...good info...kak, jom visit http://oneshaklee.blogspot.com/ disini ada suppliment yang best tuk bulan puasa nih...

    ReplyDelete