Islam itu lengkap.
Tiada ada satu aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh Islam. Dan Allah itu Maha Kaya. Lalu diciptakan susu, bukan sekadar minuman, tetapi jua makanan yang lengkap. Bahkan didalam syurga juga banyak diceritakan mengenai susu seperti adanya lautan susu.
Susu ibu bukan sahaja sejenis minuman malahan sebagai makanan lengkap kepada bayi tidak kira usia dan jantinanya. Susu ibu yang penuh dengan rahsia dan khasiat. Ia juga adalah salah satu daripada Imunisasi Nabawi.
Menyusukan anak dengan Susu Ibu adalah kewajipan dalam Islam. Terdapat beberapa ayat Al-Quran yang menekankan perihal susu ibu, dan penyusuan ibu.
Dan Al-Quran itu adalah kata-kata Allah, siapakah kita untuk mengingkari-Nya?
Penyusuan selama dua tahun dan kewajipan bapa memberikan belanja kepada isterinya yang menyusu anaknya dalam tempogh dua tahun
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun genap, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara sepatutnya."
"Tidaklah diberatkan seseorang melainkan mengikut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya dan (janganlah pula menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan tersebut (jika bapa tiada). "
“Kemudian apabila keduanya (suami isteri) mahu memberhentikan penyusuan itu (sebelum dua tahun) dengan persetujuan (yang telah dicapai setelah berunding) maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya)"
– Surah Al-Baqarah, ayat 233
Persusuan menjadikan perhubungan menjadi mahram.
“Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan, saudara-saudaramu yang perempuan; saudara-saudara bapamu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudaramu yang laki-laki; ibu-ibu yang menyusukan kamu; saudara perempuan yang sepersusuan” – Surah An-Nisa’, Ayat 23
Islam membenarkan ibu susuan bagi membantu menyokong penyusuan susu ibu kepada anak, bagi menunjukkan betapa ia amat digalakkan dalam Islam
"Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu dengan orang lain, maka tidak ada salah (melakukannya)., Dan jika kamu hendak memberi anak kamu menyusu dengan orang lain maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah bahawa Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan" – Surah Al-Baqarah, ayat 233
” Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” – Surah At-thalaq, ayat 6
Pemberian Susu Ibu secara sempurna hingga diceraikan diiktiraf sebagai jasa kedua orang tua.
“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dan memberhentikan penyusuan dalam dua tahun” – Surah Luqman, ayat 14
“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai memberhentikan penyusuan adalah tiga puluh bulan” – Surah Al-Ahqaaf, ayat 15
No comments:
Post a Comment