Pernah tak anda dengar mengenai urutan bayi? Bayi pun boleh diurut, tapi bukanlah urutan untuk keluarkan angin macam kita ni.
picture credit: http://latoriana.com.au
Urutan bayi adalah lebih kepada stimulasi, bonding dan juga salah satu cara mempamerkan kasih sayang kerana elemen kuasa sentuhan.
Kebaikan urutan bayi ini bukan sahaja kepada bayi, tetapi juga kepada kanak-kanak, ibubapa dan juga penjaga.
Bapa-bapa mungkin rasa agak terpinggir dan jauh dengan bayi yang baru lahir, terutamanya bayi yang menyusu susu ibu. Seperti tiada ruang bagi mereka dalam kehidupan bayi itu. Jadi, bapa boleh menggunakan sesi urutan sebagai masa berkualiti untuk mereka berhubung dan berinteraksi dengan anak.
Urutan ini, jika diamalkan baik untuk anak-anak istimewa dan juga anak yang lebih tua bagi lebih memahami, berintegrasi dan berhubung dengan ibubapa. Bukankah semasa kita mengurut seseorang, ia selalunya sesi one-to-one. Dan sudah semestinya juga kita menumpukan sepenuh perhatian kepada yang diurut. Bayangkan sahaja jika kita pergi ke SPA dan tukang urut itu sibuk bercakap atau berbual dengan orang lain selain kita. Rasanya itu jarang sekali berlaku.
Saya sudah mengamalkan urutan bayi semenjak 6 tahun lalu, selepas Umar dilahirkan. Umar adalah anak yang pramatang. Semasa dilahirkan pada usia kandungan 32 minggu, beratnya baru 1.9kg. 2 minggu juga dia ditahan di NICU. Alhamdulillah, berkat usaha doktor dan petugas di NICU, Hospital Melaka dan doa dari semua, Umar selamat melalui waktu-waktu kritikalnya.
Umar, at one month old.
Namun, kerana beratnya hanya 1.9kg, badannya memang sangat kecil. Seperti ada kulit dan tulang sahaja. Jadi, saya pun mula mencari cara-cara untuk stimulate pertumbuhannya.
Dan saya terjumpa mengenai urutan bayi. Setiap hari selepas mandi saya urut Umar dengan teknik yang saya belajar melalui video di Internet. Tapi urut bukan sebarang urut ya. Ada tekniknya.
picture credit: http://www.springhillmedicalcenter.com
Salah satu adalah teknik urutan ILU (I Love You) untuk urutan di perut. Boleh baca disini untuk mengetahui teknik-teknik urutan untuk setiap bahagian badan bayi dengan lebih lanjut. Nanti ada masa saya terjemahkannya ya.
Alhamdulillah, Umar banyak mendapat kebaikan daripada urutan yang saya lakukan (dan juga penyusuan susu ibu, serta sebab-sebab lain). Dari bayi pramatang yang kurus keding, dia membesar bagai johan.
Sudah pastilah saya tidak berhenti disitu. Kemudian saya teruskan pula dengan Hamzah dan Sawda. Alangkan kita yang dah tua pun suka diurut, apatah lagi bayi. Kesannya sama sahaja.
Anyway, selain daripada bonding dan sebagai stimulasi kepada pertumbuhan bayi, berikut disenaraikan juga kebaikan-kebaikan lain mengurut bayi:
Jadi, jika anda belum mula mengurut dan merangsang bayi, apa kata kita mula hari ini?
- Istirehat
- Membuatkan bayi rasa lebih disayangi
- Mendorong bayi supaya tidur dengan lebih lena
- Facilitates body awareness
- Meningkatkan sistem imunisasi
- stimulasi pancaindera
- Memperbaiki keadaan kulit
- Memperbaiki pengaliran darah
- Membantu penghadaman
- Menyeimbangi respirasi/ pernafasan
- Memberi kelegaan kepada masalah gigi baru mahu tumbuh.
- Membantu perkumuhan
- Membantu kita memahami bayi (keperluan dan keinginan)
- Merehatkan ibubapa
- Membantu membina keyakinan diri ibubapa dan anak
- Pengalaman menyeronokkan
- Merangsang pengeluaran oxytocin atau hormon kasih sayang (love hormon. Ia berguna untuk melegakan kesakitan dan mempunyai kesan penenang. Ia dihasilkan kepada semua orang, lelaki dan perempuan, tua dan muda yang diurut. Selain daripada urutan, penyusuan ibu juga merangsang penghasilan hormon ini.)
sumber:
1. http://www.makewayforbaby.com
2. http://www.infantmassagemalaysia.com
3. http://www.springhillmedicalcenter.com
No comments:
Post a Comment