Ini entry untuk menjawab persoalan Sister Zulhaya dalam posting penjagaan gigi anak tempoh hari.
Walaupun gigi anak kita hanyalah gigi susu, tetapi menjaganya dengan baik adalah sangat penting. Ini kerana gigi bayi bertindak sebagai penjarak (spacers) untuk giginya kekalnya. Gigi ini juga akan membantu bayi makan makanan dengan tekstur yang berlainan serta untuk perkembangan pertuturannya.
Kita boleh memulakan penjagaan gigi walaupun gigi pertama belum tumbuh lagi. Pada masa ini, sudah tentu kita juga tidak perlukan berus gigi atau ubat gigi. Gunakan kain yang lembut atau gauze dan lembapkan dengan air suam. Kemudian lapkan dengan lembut pada gusi atas dan bawah. Masa yang terbaik adalah selepas makan.
Apabila bayi sudah semakin besar, bolehlah kita teruskan dengan menggunakan berus gigi dan ubat gigi, biasanya pada umur bayi 1 tahun. Cara yang baik memperkenalkan berus gigi adalah dengan membiarkan mereka melihat kita menggosok gigi.
Ingat, action speaks louder than words.
Berikan mereka berus gigi dan biarkan bayi anda memegang, atau menggigit berus itu supaya mereka biasa dengan rasa berus didalam mulut mereka.
Dudukkan bayi anda pada riba semasa memberukan gigi. Kadangkala, bayi menolak berus gigi pada awalnya terutama semasa memberus gigi belakang. Jika ini menjadi masalah, mulakan dengan gigi di bahagian hadapan dan kemudian barulah ke bahagian belakang. Memberi anak memegang berus giginya juga boleh membantu proses pembersihan gigi mereka.
Bayi tidak perlukan ubat gigi, cukup sekadar sedikit air. Jika ibu rasa perlu gunakan ubat gigi, carilah yang tiada florida. Terdapat ubat gigi di pasaran yang tiada florida. Ini adalah pilihan yang lebih baik kerana gigi anak perlu lebih penjagaan sekiranya mereka sudah mula pemakanan pejal.
Kenapa kita perlu jauhi ubat gigi berflorida?
Ia adalah sangat bahaya kepada bayi mendapat terlalu banyak florida. Jika bayi terminum air berflorida, memakan vitamin dan menggunakan ubat gigi, ini boleh menyebabkan discoloration enamel gigi anak.
Walau bagaimanapun,, ubat gigi boleh digunakan selepas anak berusia 2 tahun. Cuma pastikan mereka diajar untuk meludah dan tidak menelan ubat gigi. Ubat kumuh berflorida tidak boleh digunakan langsung sebab kanak-kanak pasti akan minum air itu.
Penjagaan gigi yang kerap dan baik adalah sangat penting. Saya pasti ramai ibu-ibu dan orang dewasa pun jarang sekali mengunjungi doktor gigi anda (kecuali terpaksa). Bawalah anak anda berjumpa doktor gigi apabila giginya sudah mula tumbuh. Lebih kerap anda melawat doktor anda, makin kurang kaviti digiginya. Sebagai tambahan, bayi akan kurang takut kepada doktor gigi dan tidaklah resistant bila mereka besar nanti.
:P
Membersihkan gigi cuma sebahagian daripadanya penjagaan gigi. Anda juga perlu memberikan perhatian kepada pemakanan bayi. Seperti biasa, jauhi makanan bergula atau melekat pada gigi kerana ia boleh menyebabkan pembentukan plak dan juga menyebabkan pereputan gigi.
Salah satu amalan yang baik untuk bayi anda adalah penyusuan susu ibu. Penyusuan susu ibu akan menggalakkan penjajaran (alignment) rahang dan gigi yang sihat dan teratur, serta mengelakkan malocclusion. Ini akan menjimatkan anda daripada terpaksa berbelanjan lebih untuk mendapatkan rawatan ortodontik kelak.
Sumber asal: http://baby.more4kids.info
No comments:
Post a Comment