Home

Showing posts with label kids. Show all posts
Showing posts with label kids. Show all posts

Wednesday, December 1, 2010

Antara Aktiviti Kelab Susu Ibu Melaka


Jumaat lepas , Kelab Susu Ibu Melaka telah mendapat kebenaran dari Pengarah Hospital Besar Melaka untuk melakukan support mother to mother visit khasnya dalam membimbing, memberi tunjuk ajar dan support untuk ibu-ibu tentang breastfeeding.Antara jalan terbaik yang dirasakan oleh pihak Kelab adalah dengan membuat visit and support to the mothers kat hospital.


Kami ( Aku and Wawa ) sampai around 11am dan setelah diperkenalkan oleh nurses di ward O&G oleh sister Menaka, so kami pun buat lah tugasan kami. Hanya sempat cover 2 wards tapi kebanyakan ibu , anak-anak mereka diletakkan di nursery ( atas sebab kesihatan ) . So, ada few je yang baby rooming in with mother.

Ada sorang ibu ni, aku cukup salute with her determination to pump her milk. Anak dia masih di nursery atas sebab kesihatan dan masih dipuasakan ( no milk ) . So bila kami sampai di katil ibu ni, tengok dia tengah pumping. Wawa pun bantu tuamkan breast ibu ni coz dah engorged sangat. At the same time, Wawa ajar cara betul hand expressing breastmilk. Sebab ibu ni menggunakan manual pump which all mothers tau, stimulation memang payah kalau pakai manual.So, to up kan stimulation breast untuk mengeluarkan susu, jalan terbaik adalah hand express, then bila flow dah laju, sambung guna pump.Ibu ni dah lah c-zer and it was like her 2nd day but her passion to pump, bersungguh-sungguh aku tengok dan memang aku salute. Kita pun tahu siapa bersalin c-zer sakit nya memang extra lebih sikit dari bersalin normal.

Then aku attend one mum ni. Baru bersalin jam 7.20am pagi tu. And waktu aku ke katil dia, ibu ni tengah breastfeed baby dia. So, dia cakap dah lama sungguh baby dia hisap. Susu dia ada ke tak de agaknya. Aku cakap, keep on bagi to stimulate the milk supaya keluar. And ibu ni kata tangan dia dah lenguh, dia try letak baby dia, baby dia cam nangis tak puas.So aku betulkan posisi ibu, tangan biarkan relax dan lega supaya ibu selesa and tak penat badan nak susukan. Dalam breastfeeding position ni, yang penting kita kena relax, bila badan kita tak relax , tu yang kita rasa tak selesa and anak nyusu pon macam tak selesa.


So, memang kesian tengok ibu ni, aku cakap kat ibu ni, why not try lepaskan nipple. And check kot kot le baby ni poo poo ke tu yang baby cam rasa tak sedap je. Sekali bila letak kat baby cot, tu diaaaaa..poo poo amat banyak sekali. So, aku pon mau praktis balik skill pegang baby kecik , aku volunteer to bersihkan the baby girl. Lepas bersihkan apa semua , terus lelap. Huhuhuhuhu. Sign of baby kadang2 rasa tak best , adalah tengok pampers dia. Poo-poo atau kencing dah banyak sangat.Bila baby tu dah tido, aku terfikir lagi 2 bulan gitu, it’s my turn to hold a baby sekecik itu. Dah bersedia ke aku? :) 

Anyway, ada macam2 ibu dengan macam-macam jenis masalah yang kami dapat attend. And we really enjoy it even though habis je visit around 12.30pm tu, perut aku memang terasa lain macam nya. Maybe due to jalan banyak sangat. Besar gila la hospital melaka ni.

Insya allah, next friday we will be doing the same thing. Hopefully dapat jumpa mothers yang lain.

Those mothers yang nak join kami di Kelab Susu Ibu Melaka, feel free to leave a comment di entry ini atau SMS :

Arin : 016-2792755
Wawa : 019-6551980



Friday, July 30, 2010

Bagaimana cara membersihkan gigi anak anda?

 
 
Ini entry untuk menjawab persoalan Sister Zulhaya dalam posting penjagaan gigi anak tempoh hari. 
 
Walaupun gigi anak kita hanyalah gigi susu, tetapi menjaganya dengan baik adalah sangat penting. Ini kerana gigi bayi bertindak sebagai  penjarak (spacers) untuk giginya kekalnya.  Gigi ini juga akan membantu bayi makan makanan dengan tekstur yang berlainan serta untuk perkembangan pertuturannya. 
 
Kita boleh memulakan penjagaan gigi walaupun gigi pertama belum tumbuh lagi. Pada masa ini, sudah tentu kita juga tidak perlukan berus gigi atau ubat gigi. Gunakan kain yang lembut atau gauze dan lembapkan dengan air suam. Kemudian lapkan dengan lembut pada gusi atas dan bawah. Masa yang terbaik adalah selepas makan.
 
Apabila bayi sudah semakin besar, bolehlah kita teruskan dengan menggunakan berus gigi dan ubat gigi, biasanya pada umur bayi 1 tahun. Cara yang baik memperkenalkan berus gigi adalah dengan membiarkan mereka melihat kita menggosok gigi. 
 
Ingat, action speaks louder than words.  
 
Berikan mereka berus gigi dan biarkan bayi anda memegang, atau menggigit berus itu supaya mereka biasa dengan rasa berus didalam mulut mereka.
 
 
Dudukkan bayi anda pada riba semasa memberukan gigi. Kadangkala, bayi menolak berus gigi pada awalnya terutama semasa memberus gigi belakang. Jika ini menjadi masalah, mulakan dengan gigi di bahagian hadapan dan kemudian barulah ke bahagian belakang. Memberi anak memegang berus giginya juga boleh membantu proses pembersihan gigi mereka.
 
Bayi tidak perlukan ubat gigi, cukup sekadar sedikit air. Jika ibu rasa perlu gunakan ubat gigi,  carilah yang tiada florida. Terdapat ubat gigi di pasaran yang tiada florida. Ini adalah pilihan yang lebih baik kerana gigi anak perlu lebih penjagaan sekiranya mereka sudah mula pemakanan pejal.
 
Kenapa kita perlu jauhi ubat gigi berflorida?
 
Ia adalah sangat bahaya kepada bayi mendapat terlalu banyak florida. Jika bayi terminum air berflorida, memakan vitamin dan menggunakan ubat gigi, ini boleh menyebabkan discoloration enamel gigi anak. 
 
Walau bagaimanapun,, ubat gigi boleh digunakan selepas anak berusia 2 tahun. Cuma pastikan mereka diajar untuk meludah dan tidak menelan ubat gigi.  Ubat kumuh berflorida tidak boleh digunakan langsung sebab kanak-kanak pasti akan minum air itu.



Penjagaan gigi yang kerap dan baik adalah sangat penting. Saya pasti ramai ibu-ibu dan orang dewasa pun jarang sekali mengunjungi doktor gigi anda (kecuali terpaksa). Bawalah anak anda berjumpa doktor gigi apabila giginya sudah mula tumbuh. Lebih kerap anda melawat doktor anda, makin kurang kaviti digiginya. Sebagai tambahan, bayi akan kurang takut kepada doktor gigi dan tidaklah resistant bila mereka besar nanti.
 
:P
 
Membersihkan gigi cuma sebahagian daripadanya penjagaan gigi. Anda juga perlu memberikan perhatian kepada pemakanan bayi. Seperti biasa, jauhi makanan bergula atau melekat pada  gigi kerana ia boleh menyebabkan pembentukan plak dan juga menyebabkan pereputan gigi.
 
Salah satu amalan yang baik untuk bayi anda adalah penyusuan susu ibu. Penyusuan susu ibu akan menggalakkan penjajaran (alignment) rahang dan gigi yang sihat dan teratur, serta mengelakkan malocclusion. Ini akan menjimatkan anda daripada terpaksa berbelanjan lebih untuk mendapatkan rawatan ortodontik kelak.
 
Memang menjaga gigi bayi sangat leceh tetapi masa yang anda gunakan untuk itu akan memberi kebaikan kepadanya untuk sepanjang hayat.

Sumber asal: http://baby.more4kids.info

Wednesday, July 28, 2010

Penjagaan Gigi Anak

Artikel menarik yang boleh dikongsi bersama dari Utusan Online :

KEBANYAKAN ibu bapa memandang remeh penjagaan gigi anak-anak. Justeru, tidak hairan apabila gigi susu yang sepatutnya mula longgar pada usia enam tahun mengalami kerosakan dan terpaksa dicabut seawal usia tiga tahun.

Pembentukan gigi bayi sebenarnya bermula di peringkat janin. Oleh itu, pengambilan makanan ibu terutama kalsium ketika hamil sangat penting dalam mempengaruhi pembentukan gigi dan janin itu sendiri.
Mitos setiap kali hamil ibu akan kehilangan sebatang gigi atau gigi reput tidak benar dan boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang betul.

Ketika proses menyusu,, selepas bayi selesai menyusu, lapkan batas gusinya menggunakan tuala basah dengan lembut.

Ini bagi mengelakkan sisa susu tertinggal dalam mulut yang kemudian akan berlendir dan mengembang.
Gigi susu tumbuh pada usia enam bulan. Set gigi susu lengkap hanya akan muncul pada usia dua tahun setengah.

Ketika usia kanak-kanak mencecah tiga tahun, ibu bapa boleh memperkenalkannya dengan berus dan ubat gigi kanak-kanak.
Perlu disedari di bawah setiap batang gigi susu ada gigi kekal yang akan tumbuh mengikut masa yang sepatutnya.Sebab itu penjagaan gigi susu penting supaya tidak rosak kerana akan menyukarkan gigi kekal untuk tumbuh dengan baik.

Apabila gigi kekal tumbuh tanpa panduan gigi susu, ia tidak akan tumbuh dengan kedudukan yang baik.Ia antara punca kedudukan gigi yang lintang pukang dan tidak cantik serta memerlukan bantuan pendakap gigi.Oleh itu, untuk mendapatkan gigi yang cantik, penjagaan dari peringkat awal adalah penting.

Ajar anak-anak menggosok gigi mengikut jadual setiap pagi dan malam. Pastikan ibu bapa juga menjaga gigi dan jika boleh lakukannya bersama anak mereka.

Tuesday, July 27, 2010

Facebook as tool to teach kids to read, write and type

This is what we did at home today. We skipped the usual activity, reading jane and peter, and we chatted all night.

:)

Umar
mak kenapa mak bagimarigold
9:31pmSaya
sbb calciyum tak ada
9:32pmUmar
o patut la bagi marigold
9:33pmSaya
nanti lain kali kita beli calciyum
9:35pmUmar
calciyum air kat transfotmers
9:36pmSaya
ok
kumpul duit tau
9:39pmUmar
100 RM kemak
9:39pmSaya
tak lah
rm4
9:40pmUmar
mak sawda pergi mana
9:41pmSaya
ikut abah pergi ceramah
9:42pmUmar
ceramah dekat rumah pakmap ke
9:45pmSaya
dekat umbai
9:46pmUmar
mak kenapa sawda bolah ikut abah
9:49pmSaya
sebab semalam umar dan hamyah dah ikut abah
9:52pmUmar
mak kenapa mak panggal hamzah bebi
9:52pmSaya
baby
sebab dia selalu macam baby
10:02pmUmar
mak kenapa allah bagi anak nombor 1
10:03pmSaya
sebab umar hebat
allah bagi umar keluar dulu
10:05pmUmar
mak depani kita tido pukul 11;3
10:05pmSaya
lambatnya kita tidur
tengok
10:07pmUmar
sebab umar nak tengok tv bolakampung 3
10:08pmSaya
ok boleh
nanti kita tidur sama-sama
10:09pmUmar
mak kalau takbolah kita tidoa
10:10pmSaya
boleh
tengok dulu
lepas bola kampung habis
kita tidur
Umar
mak kalau takbolah kita tido
10:10pmSaya
boleh
tengok dulu
lepas bola kampung habis
kita tidur
10:11pmUmar
mak ok ketidak
10:11pmSaya
OK
10:14pmUmar
mak bolah tengok youtube
10:15pmSaya
ok
10:15pmUmar
sekejap ya mak
10:16pmSaya
mak nak cebok hamzah berak
10:18pmUmar
mak tengok youtube ultman dyna
10:20pmSaya
umar katanak tengok bola kamüung
kampung
10:23pmUmar
mak umar penat LA mak
10:23pmSaya
jom la tidur nak
10:24pmUmar
nak nak
10:24pmSaya
sekejap

There are a lot of things i can learn from him and about him just from the chat log.

1. He can read, and he can spell words. But some of the spellings are wrong because he tend to spell out according to the pronounciation.

2. I know what he likes, e.g bola kampung, ultraman dyna, and you-tubing.

3. He knows what he wants, and his limit (like when he wants to sleep after he watches bola kampung, and suddenly he feels tired and he wants to sleep like now.)

Now i know that i need to monitor him closely. Facebook can be good, but can be bad too.

What say you

Saturday, July 17, 2010