Home

Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Wednesday, December 1, 2010

Antara Aktiviti Kelab Susu Ibu Melaka


Jumaat lepas , Kelab Susu Ibu Melaka telah mendapat kebenaran dari Pengarah Hospital Besar Melaka untuk melakukan support mother to mother visit khasnya dalam membimbing, memberi tunjuk ajar dan support untuk ibu-ibu tentang breastfeeding.Antara jalan terbaik yang dirasakan oleh pihak Kelab adalah dengan membuat visit and support to the mothers kat hospital.


Kami ( Aku and Wawa ) sampai around 11am dan setelah diperkenalkan oleh nurses di ward O&G oleh sister Menaka, so kami pun buat lah tugasan kami. Hanya sempat cover 2 wards tapi kebanyakan ibu , anak-anak mereka diletakkan di nursery ( atas sebab kesihatan ) . So, ada few je yang baby rooming in with mother.

Ada sorang ibu ni, aku cukup salute with her determination to pump her milk. Anak dia masih di nursery atas sebab kesihatan dan masih dipuasakan ( no milk ) . So bila kami sampai di katil ibu ni, tengok dia tengah pumping. Wawa pun bantu tuamkan breast ibu ni coz dah engorged sangat. At the same time, Wawa ajar cara betul hand expressing breastmilk. Sebab ibu ni menggunakan manual pump which all mothers tau, stimulation memang payah kalau pakai manual.So, to up kan stimulation breast untuk mengeluarkan susu, jalan terbaik adalah hand express, then bila flow dah laju, sambung guna pump.Ibu ni dah lah c-zer and it was like her 2nd day but her passion to pump, bersungguh-sungguh aku tengok dan memang aku salute. Kita pun tahu siapa bersalin c-zer sakit nya memang extra lebih sikit dari bersalin normal.

Then aku attend one mum ni. Baru bersalin jam 7.20am pagi tu. And waktu aku ke katil dia, ibu ni tengah breastfeed baby dia. So, dia cakap dah lama sungguh baby dia hisap. Susu dia ada ke tak de agaknya. Aku cakap, keep on bagi to stimulate the milk supaya keluar. And ibu ni kata tangan dia dah lenguh, dia try letak baby dia, baby dia cam nangis tak puas.So aku betulkan posisi ibu, tangan biarkan relax dan lega supaya ibu selesa and tak penat badan nak susukan. Dalam breastfeeding position ni, yang penting kita kena relax, bila badan kita tak relax , tu yang kita rasa tak selesa and anak nyusu pon macam tak selesa.


So, memang kesian tengok ibu ni, aku cakap kat ibu ni, why not try lepaskan nipple. And check kot kot le baby ni poo poo ke tu yang baby cam rasa tak sedap je. Sekali bila letak kat baby cot, tu diaaaaa..poo poo amat banyak sekali. So, aku pon mau praktis balik skill pegang baby kecik , aku volunteer to bersihkan the baby girl. Lepas bersihkan apa semua , terus lelap. Huhuhuhuhu. Sign of baby kadang2 rasa tak best , adalah tengok pampers dia. Poo-poo atau kencing dah banyak sangat.Bila baby tu dah tido, aku terfikir lagi 2 bulan gitu, it’s my turn to hold a baby sekecik itu. Dah bersedia ke aku? :) 

Anyway, ada macam2 ibu dengan macam-macam jenis masalah yang kami dapat attend. And we really enjoy it even though habis je visit around 12.30pm tu, perut aku memang terasa lain macam nya. Maybe due to jalan banyak sangat. Besar gila la hospital melaka ni.

Insya allah, next friday we will be doing the same thing. Hopefully dapat jumpa mothers yang lain.

Those mothers yang nak join kami di Kelab Susu Ibu Melaka, feel free to leave a comment di entry ini atau SMS :

Arin : 016-2792755
Wawa : 019-6551980



Monday, September 27, 2010

Pentingnya Supplement dan Vitamin Untuk Ibu Hamil

Adakala, preggy mum ambil sambil lewa makan dan tak makan supplement dan vitamin yang diberikan sewaktu mengandung. Mungkin terlupa ( ni kes aku ) , mungkin malas and sebagainya. Penting untuk preggy mum ni makan supplement dan vitamin ini .

Doktor Hamid Arshat, dalam artikel nya ada menulis kenapa kita sebagai ibu yang hamil perlu tahu kepentingan supplement dan vitamin. Antara nya :

It is important that all expectant mothers are in state of good health. The growing fetus depend on the mother to supply all the neccessary nutrional needs. vitamins and minerals for health ane wellbeing while developing in uterus.

The misconception that these supplements will cause 'big babies' are not true.
 Info lanjut , sila klik SINI .

Antara prenatal supplement yang diberikan kepada preggy mum adalah :

 So, ada preggy mum, jangan skip memakan supplement dan vitamin anda.
Info :

1. http://www.squidoo.com/hart1945
2. http://babyfit.sparkpeople.com/articles.asp?id=709

Wednesday, August 25, 2010

Petua Mempercepatkan Proses Bersalin

Ada wanita/ibu yang tak sabar-sabar nak bersalin. Bukan apa, kadang kala perasaan excited meluap-luap nak melihat anak yang di kandung 9 bulan.



Terdapat pelbagai 'petua' untuk mempercepatkan proses bersalin . Antara nya :

1. Banyakkan berjalan kalau dah masuk 37 weeks tu. Tak kisah la turun naik tangga rumah, office atau shopping complexes. But make sure jangan jalan kelam kabut nanti tersadung jatuh. Naya je.

2. Having sex with husband. Ini memang boleh meningkatkan hormon prostaglandin . Ianya boleh meningkatkan kekerapan contractions sekaligus mempercepatkan bukaan pintu rahim. .

3. Melakukan pelvis exersice atau kegel exercise. Click SINI untuk info lanjut mengenai senaman ini.

Itu antara etua yang boleh dilakukan. Ada lagi petua dari orang-orang tua seperti minum air selusuh and such. Tapi aku tak pernah buat la.

Good luck mommies !!

Saturday, August 14, 2010

Pergerakan Bayi Semasa Kehamilan

Bila first time kita merasa baby di dalam perut ini bergerak?

Bagi aku, waktu Sufiah Hanum, dalam bulan ke 7 pregnant baru aku terasa. Itu pun mula-mula macam rasa geli-geli di perut lepas tu dah boleh terasa bonjolan anggota badan baby di perut.

Waktu Zara Aliyah, dalam waktu sama macam Hanum dulu jugak. Bonjolan kerap timbul and nampak la tenggelam timbul bonjol di perut , baby bergerak.

Yang ke tiga kali ni, se awal 14 weeks dah ternampak bonjolan anggota badan baby. Waktu scan memang baby aktif sungguh. Kaki tangan semua di angkat nya. Maybe sebab kulit perut nipis kot, so nampak sungguh bonjolan . :)

Ni ada info yang boleh di kongsi mengenai pergerakan bayi semasa kehamilan :

Bilakah pertama kali saya merasakan pergerakan bayi saya?

Sensasi pergerakan lemah lembut bayi yang dirasai pada peringkat awal kehamilan merupakan satu saat yang amat penting bagi anda. Dan apabila pergerakan lemah ini berubah menjadi tendangan-tendangan kuat, anda akan pasti bahawa kehamilan anda berkembang dengan sempurna.

Jika anda sedang hamil buat kali pertama, anda mungkin tidak akan menyedari bila masanya bayi anda mula bergerak, sebab anda belum pernah mengalami sensasi pergerakan tersebut – sebenarnya, ramai wanita menyatakan bahawa pergerakan awal itu menyerupai denyutan yang lembut dan halus.

Bagi kehamilan pertama, anda mungkin mula menyedari pergerakan ini antara minggu ke-18 dan minggu ke-20. Bagi kehamilan seterusnya, di mana anda sudah dapat mengenali petanda tertentu, pergerakan ini akan disedari lebih awal lagi, iaitu antara minggu ke-15 dan minggu ke-18.

Apakah yang bayi buat di dalam itu?

Sebaik saja pergerakan awal dirasai, yang dikatakan seakan-akan kupu-kupu mengibaskan sayap, anda akan mula sedar bahawa sensasi tersebut menjadi lebih kuat dan berlaku dengan lebih kerap. Semasa bayi anda sedang membesar, sensasi ini akan berubah dari semasa ke semasa sehinggakan anda mengalami tendangan dan pukulan yang semakin hebat apabila kehamilan anda semakin maju dan matang.

Bayi anda tidak akan menendang dan bergerak sepanjang masa sebab, seperti kita juga, ada masa-masanya ia hanya mahu berehat dan tidur walaupun untuk 40 minit sahaja setiap kali. Tetapi, anda merasakan bahawa tempoh rehat bayi itu lebih panjang dari itu sebab anda tidak dapat merasa dan mengesan setiap pergerakan.

Untuk makluman anda, berikut diberikan sedikit panduan tentang apa yang akan berlaku kepada bayi anda semasa ia sedang membesar dalam kandungan.

Dari minggu ke-20 hingga ke-24

Aktiviti bayi anda akan bertambah perlahan-lahan dari minggu ke minggu. Pada minggu ke-20, dan selama 10 minggu berikutnya, bayi anda akan melalui perkembangan yang amat giat di mana ia akan banyak menendang dan berpusing-pusing.

Dari minggu ke-24 hingga ke-28

Bayi anda akan mula tersedu, dan inilah sebabnya anda kadang-kala mengalami pergerakan tersentak-sentak. Sak amnion (ketuban) anda pada masa ini mengandungi cecair sebanyak 750 ml (26 fl oz) yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Walaupun bayi telah lama dapat mendengar bunyi, baru sekarang anda mendapati bahawa bayi tersentak apabila mendengar bunyi-bunyian yang mengejutkan.

Pada minggu ke-29

Bayi anda akan mula membuat pergerakan jarak kecil yang lebih mantap, disebabkan ia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda.

Pada minggu ke-32

Pergerakan bayi anda berkemuncak pada masa ini, dan pada minggu-minggu berikut anda akan mendapati bahawa kekerapan serta jenis pergerakan semakin bertambah disebabkan bayi anda terus membesar dan menjadi lebih kuat.

Dalam lingkungan minggu ke-36

Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama sebab otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut. Pergerakan utama yang anda akan rasakan adalah pukulan tangan dan kaki bayi anda, dan bayi juga akan membuat tendangan kuat dan perit terhadap tulang rusuk anda.

Sekiranya kehamilan ini bukan yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh kelahiran yang dijangkakan.

Baca lebih lanjut mengenai bagaimana tahu bila sudah tiba masa bersalin.

Dari minggu ke-36 hingga ke-40

Badan bayi mula menjadi lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi itu menghisap jarinya dan sekiranya terlucut jari itu, anda akan merasakan pergerakan yang pantas dan perit disebabkan pergerakan kepala bayi dari kiri ke kanan dalam usahanya mencari dan mendapatkan jarinya kembali.

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesaran bayi juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang.

Pergerakan dan posisi di peringkat akhir kehamilan

Pada minggu-minggu terakhir, bayi anda akan menetap dalam mangkuk pelvis anda, dan bersiap sedia untuk dilahirkan. (Sekiranya ini tidak berlaku, nasihat lanjut boleh diperolehi dari kami tentang bagaimana meletakkan bayi anda dalam posisi optimum untuk kelahiran). Kepala bayi anda terasa seakan-akan sebiji tembikai yang menekan kepada lantai pelvis dan membuatkan anda agak berhati-hati semasa hendak duduk.

Apabila kepala bayi menurun lagi ke dalam pelvis anda, anda akan terasa "ringan", disebabkan tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk anda tidak begitu kuat lagi.

Pada peringkat ini, anda tidak akan mengalami pergerakan yang dibuat oleh keseluruh badan bayi. Di sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak berhenti-henti di bawah tulang rusuk samada di sebelah kiri atau kanan, yang dipengaruhi oleh posisi bayi tersebut. Jika kulit abdomen anda nipis, anda mungkin berpeluang memegang kaki bayi anda.

Ada masa-masanya bayi anda akan diam berehat dan ada masa-masanya anda akan mengalami aktiviti bayi yang berlebihan, lazimnya pada lewat petang atau malam atau semasa anda sedang baring dan hendak tidur!

Berapakah tendangan yang patut saya rasakan dalam satu hari?

Semasa anda sedang sibuk, anda mungkin kurang menyedari pergerakan bayi anda. Anda akan lebih menyedari pergerakan ini semasa anda sedang duduk berehat.

Kajian aktiviti fetus menunjukkan bahawa pergerakan bayi semasa dalam rahim menunjukkan pola berjaga dan tidur yang berlainan – tiada jumlah tendangan yang boleh dianggarkan secara purata – namun begitu, setelah sampai ke peringkat akhir dalam kehamilan, anda mungkin sudah mengetahui dan boleh menentukan pola pergerakan bayi anda.

Saya tidak terasa gerakan bayi saya hari ini; patutkan saya bimbang?

Jika anda sibuk melakukan sesuatu, anda mungkin tidak menyedari pergerakan bayi anda. Sekiranya anda mahukan ketenangan fikiran, ada beberapa cara untuk merangsang bayi supaya bergerak:

• Baring secara mengiring (dengan mengampu punggung) dan jangan bergerak.
• Angkat kaki ke atas dan relaks.
• Halakan bunyi musik ke perut anda.

Tidak lama dahulu, wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan fetus. Anda perlu merekod berapa kali pergerakan bayi berlaku sehingga anda mendapat jumlah 10 tendangan, seelok-eloknya pada masa yang sama setiap hari. Walau bagaimanapun, carta seperti ini telah menjadi kurang popular disebabkan penyimpanan rekod sedemikian mudah dilupai, dan juga didapati sukar untuk memadan dan mengimbangkan pola tendangan tersebut. Ini telah menyebabkan kebimbangan di kalangan wanita berkenaan yang tidak sepatutnya berlaku.

Sebaliknya, fahamilah pola gerakan bayi anda dalam waktu anda berjaga dan sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, hubungilah doktor anda dengan segera.
 Info : http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/pergerakan-bayi/