Home

Friday, July 9, 2010

Risiko Tidak Menyusukan Susu Ibu Kepada ANAK

Kenapa, kenapa, kenapa ibu perlu beri anak susu ibu?

Bila kita bercakap tentang susu ibu, kerapkali kita disogokkan dengan kebaikan susu ibu. Tapi rasanya kebaikan seringkali dipandang ringan.

Maka, apa kata kita cakap tentang risiko anak yang tidak diberikan susu ibu.

Boleh disimpulkan ibu yang tidak menyusukan anaknya dengan susu ibu akan mendedahkan anaknya itu kepada 3 jenis risiko:

1. Imuniti (Immunity)

2. Tumbesaran (Infant Growth)

3. Perkembangan (Development)

Dari sudut imuniti, bayi ini akan terlepas peluang mendapat antibodi semulajadi yang hadir didalam susu ibu.  Oleh yang demikian, mereka akan lebih mudah mendapat infeksi dan allergi. Selain itu, terdapat juga risiko lactose intolerant , indigestion dan meninggikan kemungkinan infant mortality atau kematian.

Bayi-bayi ini juga lebih tinggi risiko obesiti dan pertumbuhan otak yang kurang konsisten dan seterusnya melambatkan perkembangan IQ dan EQ.

Bayi yang tidak menyusu juga kurang stabil emosinya, stress and colicky, bisa menjuruskan kepada kekurangan keyakinan diri, mengganggu pertumbuhan struktur muka (facial structure) dan rahang (jaw development).

Pendek kata, banyak risiko yang kita dedahkan kepada anak-anak kita jika kita menafikan susu ibu kepada mereka.

Saya kira, jika anak-anak ini diberi pilihan, mereka mesti mahu yang terbaik.

Paling tidak pun, saya pasti pilih (disusukan dan menyusukan susu ibu).

Anda bagaimana?

No comments:

Post a Comment