Soalan:
Mohon penjelasan lanjut mengenai fidyah, antaranya, kewajipan membayar fidyah, siapakah yang wajib membayar fidyah?
Jawapan:
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ini jelas dalam firman Allah yang bermaksud: ...dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin...(al-Baqarah: 184).
Berdasarkan dalil di atas, fidyah puasa hukumnya wajib disempurnakan mengikut bilangan hari.
Fidyah puasa (tebusan) adalah denda ke atas orang yang meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu ataupun kerana sengaja melewatkan puasa qada bulan Ramadan.
Ia merupakan satu kadar tertentu yang wajib dikeluarkan sebagai suatu pemberian iaitu sebahagian daripada harta (makanan) kepada fakir miskin.
Sabda Rasulullah SAW, "Bagi orang yang meninggal dunia dan tidak berpuasa selama sebulan hendaklah dikeluarkan fidyah dan berikan kepada fakir dan miskin". (riwayat Al-Tirmizi)
Sebab seseorang dikenakan fidyah adalah seperti berikut;
Tidak mampu berpuasa, kebiasaannya keadaan ini berlaku ke atas orang yang telah lanjut usia. Tidak semua yang mereka yang berumur mampu berpuasa. Ini kerana tua juga merupakan satu penyakit.Ibn Abbas berpendapat bahawa ayat 184 daripada surah al-Baqarah itu adalah rukhsah (kelonggaran) kepada mereka yang telah berumur (tua).Walaupun puasa adalah wajib, namun bagi mereka yang telah lanjut usianya yang tidak mampu berpuasa maka boleh berbuka dengan membayar fidyah setiap hari satu cupak (567 gram). Sekiranya seseorang yang telah lanjut usianya tidak mampu berpuasa dan juga tidak mampu mengeluarkan fidyah atau membayar fidyah maka mengikut pandangan ulama tidak berdosa. Mazhab al-Hanafiyyah menyuruh orang yang tidak membayar fidyah supaya beristighfar serta memohon keampunan Allah SWT atas ketidakmampuannya membayar fidyah, sedang Allah swt berfirman yang bermaksud: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…"(al-Baqarah: 286)
Sakit yang tidak mungkin sembuh. Mereka yang disahkan sakit dan tidak akan sembuh tidak diwajibkan puasa. Firman Allah SWT yang bermaksud: …dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama…(al-Haj: 78)
Perempuan yang hamil dengan syarat dibimbangi keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan fidyah dan juga wajib mengqadakan puasa yang ditinggalkan.
Ibu yang menyusukan anak dengan syarat dia berasa bimbang puasa akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya. Maka wajib baginya mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu serta membayar fidyah.
Orang yang telah meninggal dunia. Hutang puasa bagi mereka yang meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
breastfeeding, babywearing, islamic natural parenting, attachment parenting and anything about parenthood
Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts
Friday, July 30, 2010
Fidyah : Penjelasannya
Artikel yang di baca di Utusan Malaysia Online yang boleh dijadikan garis panduan pada ibu-ibu : yang menyusukan anak atau yang mengandung .
Thursday, July 29, 2010
Sifir Puasa Ibu Menyusu
Ramadan bakal menjelma. Ada ibu-ibu yang menyusukan anak mula khuatir dengan stok susu dan penyusuan anaknya. Jangan risau. Berpuasalah seperti biasa.
Berikut ada beberapa tips untuk menjalani ibadah puasa dan tetap menyusukan bayi tanpa kerisauan:
Walau bagaimanapun, Islam itu tidak memberatkan. Terdapat kemudahan untuk sesetengah golongan yang kurang keupayaan dalam hal-hal ibadah termasuklah dalam ibadah puasa.
Berikut ada beberapa tips untuk menjalani ibadah puasa dan tetap menyusukan bayi tanpa kerisauan:
1. Sediakan stok susu (ebm) yang mencukupi. \
2. Kerapkan pengepaman pada waktu malam selepas berbuka jika khuatir tidak larat untuk meneruskan puasa jika mengepam pada waktu siang hari.
3. Amalkan bersahur dan jangan tinggalkan sahur.
4. Banyakkan memakan kurma. Berbuka dengan kurma sendiri adalah amalan sunat. Gula dalam kurma adalah jenis glukosa dan fruktosa yang mudah diserap ke darah dalam badan. Karbohidrat dalam kurma wujud dalam bentuk glukosa dan fruktosa, jadi ia mudah diserap dengan segera dan akan membekalkan tenaga kepada kita.
5. Minum air secukupnya supaya tidak dehydrated.
6. Banyakkan berehat.
7. Bagi anak-anak yang sudah berusia 6 bulan dan telah diperkenalkan makanan tambahan, saya kira ibu-ibu boleh menggalakkan penggambilan makanan pejal dengan lebih kerap dan ini menampung keperluan susu pada waktu siang.
8. Berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan segalanya.
Walau bagaimanapun, Islam itu tidak memberatkan. Terdapat kemudahan untuk sesetengah golongan yang kurang keupayaan dalam hal-hal ibadah termasuklah dalam ibadah puasa.
Allah telah berfirman, "Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan Dia tidak menghendaki kesukaran bagimu." (Al-Baqarah: 185)
dan Firman-Nya lagi, "Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. "(al-Haj: 78)
Terdapat rukhshoh (keringanan) dalam syari’at bagi para ibu yang sedang menyusui untuk meninggalkan puasa Ramadan dengan membayar fidyah sebagai gantinya.
Hal ini disebabkan adanya masyaqqoh (kesulitan) untuk menyusui sambil berpuasa, dimana ibu menyusui perlu untuk minum dan makan yang mencukupi agar dirinya mampu menyusukan dan juga agar penghasilan ASI tetap lancar.
Hal ini juga menunjukkan pentingnya menyusuikan anak dengan ASI. Seandainya ia tidak penting, syari’at boleh sahaja menentukan ibu menyusukan tetap wajib berpuasa dan bayinya diberi minum dari susu-susu lain seperti formula, susu lembu dan sebagainya.
Oleh yang demikian, teruskanlah penyusuan dan jika tidak mampu, maka ingatlah sifir ini,
Selamat mempersiapkan mental dan fizikal untuk menjalani ibadah puasa.
Sumber:
1. http://nonaku.com/blog/
2. http://ratuhati.com
3. Saifulislam
Monday, July 19, 2010
Susu Ibu Sebagai Imunisasi Nabawi
Islam itu lengkap.
Tiada ada satu aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh Islam. Dan Allah itu Maha Kaya. Lalu diciptakan susu, bukan sekadar minuman, tetapi jua makanan yang lengkap. Bahkan didalam syurga juga banyak diceritakan mengenai susu seperti adanya lautan susu.
Susu ibu bukan sahaja sejenis minuman malahan sebagai makanan lengkap kepada bayi tidak kira usia dan jantinanya. Susu ibu yang penuh dengan rahsia dan khasiat. Ia juga adalah salah satu daripada Imunisasi Nabawi.
Menyusukan anak dengan Susu Ibu adalah kewajipan dalam Islam. Terdapat beberapa ayat Al-Quran yang menekankan perihal susu ibu, dan penyusuan ibu.
Dan Al-Quran itu adalah kata-kata Allah, siapakah kita untuk mengingkari-Nya?
Penyusuan selama dua tahun dan kewajipan bapa memberikan belanja kepada isterinya yang menyusu anaknya dalam tempogh dua tahun
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun genap, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara sepatutnya."
"Tidaklah diberatkan seseorang melainkan mengikut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya dan (janganlah pula menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan tersebut (jika bapa tiada). "
“Kemudian apabila keduanya (suami isteri) mahu memberhentikan penyusuan itu (sebelum dua tahun) dengan persetujuan (yang telah dicapai setelah berunding) maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya)"
– Surah Al-Baqarah, ayat 233
Persusuan menjadikan perhubungan menjadi mahram.
“Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan, saudara-saudaramu yang perempuan; saudara-saudara bapamu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudaramu yang laki-laki; ibu-ibu yang menyusukan kamu; saudara perempuan yang sepersusuan” – Surah An-Nisa’, Ayat 23
Islam membenarkan ibu susuan bagi membantu menyokong penyusuan susu ibu kepada anak, bagi menunjukkan betapa ia amat digalakkan dalam Islam
"Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu dengan orang lain, maka tidak ada salah (melakukannya)., Dan jika kamu hendak memberi anak kamu menyusu dengan orang lain maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah bahawa Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan" – Surah Al-Baqarah, ayat 233
” Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” – Surah At-thalaq, ayat 6
Pemberian Susu Ibu secara sempurna hingga diceraikan diiktiraf sebagai jasa kedua orang tua.
“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dan memberhentikan penyusuan dalam dua tahun” – Surah Luqman, ayat 14
“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai memberhentikan penyusuan adalah tiga puluh bulan” – Surah Al-Ahqaaf, ayat 15
Susu Ibu menumbuhkan kulit dan juga tulang.
Ibnu Mas’ud rodhiyallohu anhu berkata :
“Tidaklah dikatakan persusuan kecuali apa-apa yang menguatkan tulang dan menumbuhkan daging.”
[HR. Abu Dawud no. 2059, dishohihkan al-Albani (yakni secara mauqufsyawahid-nya pada riwayat Ahmad, ad-Daruquthni dan al-Baihaqi)]
Dan juga ada disebut semasa penceritaan mengenai hari kiamat
"Ingatlah pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusukan anaknya dari anak yang disusukannya”- Surah Al Hajj- ayat 2
Dan melalui kisah-kisah nabi seperti kisah Nabi Musa yang menolak ibu susuan, kisah Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar.
Paling dekat sekali dengan kita adalah kisah ibu susuan Nabi Muhammad s.a.w. dimana pada waktu itu, keluarga bangsawan lazimnya menggunakan khidmat ibu susuan dan bukan susu kambing. Baginda sendiri disusui oleh dua ibu susuan iaitu Thuwaiba al-Aslamiyyah dan Halimatus Saadiah.
Diceritakan keluarga Rasulullah terutama datuk baginda, Abdul Mutalib mencari-cari ibu susu untuk menyusukan cucunya itu yang antara lain bertujuan supaya baginda Rasulullah tidak dijangkiti penyakit-penyakit sama ada dari serangan virus atau kuman mahupun penyakit yang merosakkan pemikiran.
Nah! Al-Quran sudah terang- terang menyebut mengenai kebaikan penyusuan sehingga 2 tahun. Ia turut diperakui oleh banyak ahli-ahli saintifik. (Rex D. Russell, Design in Infant Nutrition, http:// www. icr.org/pubs/imp-259.htm) .
Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Hendak Kamu Dustakan?
sumber:
1. http://abangdani.wordpress.com
2. http://halaqah.net
Thursday, July 15, 2010
Kisah Nabi Musa a.s menolak ibu susuan
Sewaktu kelahiran Nabi Musa a.s, Firaun telah menguatkuasakan undang-undang supaya setiap bayi lelaki yang dilahirkan terus dibunuh. Ini kerana mimpinya dimana Mesir terbakar dan penduduknya mati, melainkan kalangan Bani Israel. Ahli nujum telah menafsirkan bahawa kuasa negara itu akan jatuh ke tangan lelaki Bani Israel. Atas desakan itu, Firaun memerintah semua rumah di geledah dan anak lelaki dibunuh.
Ibu Nabi Musa a.s amat khuatir kerana Firaun akan membunuh setiap anak lelaki yang dilahirkan. Maka Allah memerintahkan ibunya menghanyutkan Musa ke sungai. Firman Allah swt:
Bagi ibu yang menyusukan anaknya, satu hormon iaitu hormon oxytoxin atau love hormon akan dirembeskan dan menjadikan diri ibu lebih tenang. Dalam kisah Nabi Musa a.s ini, Nabi Musa tidak menangis apabila dihanyutkan kerana sudah kenyang dan ibunya juga berasa tenang selepas menyusukan Nabi Musa.
Nabi Musa dijumpai oleh dayang istana Firaun. Isteri firaun pula sangat sukakan Musa kerana Musa dikatakan penyejuk mata dan hatinya. Lantaran itu, Isteri Firaun bersungguh-sungguh memujuk Firaun untuk membela Musa.
Oleh kerana Musa masih menyusu, maka mereka pun mencari ibu susuan (wet nurse). Namun atas kuasa Allah, Musa menolak kesemua ibu susuan yang mahu menyusukannya sehinggalah ibu Nabi Musa datang dan menyimpan rahsia sebagai ibu susuan yang ingin menyusukan Musa serta mengasuhnya..
Allah swt berfirman:
Lain kali saya akan bawakan kisah penyusuan Nabi Ismail pula ya.
Sumber:
1.blog amnikassim
2. Al-Quran Mushaf Malaysia Dan Terjemahan
3. blog kisah nabi
Ibu Nabi Musa a.s amat khuatir kerana Firaun akan membunuh setiap anak lelaki yang dilahirkan. Maka Allah memerintahkan ibunya menghanyutkan Musa ke sungai. Firman Allah swt:
” Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa, “Susukanlah dia, jika engkau tajutkan sesuatu bahaya mengenainya, maka lepaskanlah dia ke sungai dan janganlah engkau berasa bimbang dan jangan pula berdukacita, sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan Kami akan melantiknya menjadi seorang daripada rasul-rasul Kami” – Surah Al-Qasas, ayat 7
Bagi ibu yang menyusukan anaknya, satu hormon iaitu hormon oxytoxin atau love hormon akan dirembeskan dan menjadikan diri ibu lebih tenang. Dalam kisah Nabi Musa a.s ini, Nabi Musa tidak menangis apabila dihanyutkan kerana sudah kenyang dan ibunya juga berasa tenang selepas menyusukan Nabi Musa.
Nabi Musa dijumpai oleh dayang istana Firaun. Isteri firaun pula sangat sukakan Musa kerana Musa dikatakan penyejuk mata dan hatinya. Lantaran itu, Isteri Firaun bersungguh-sungguh memujuk Firaun untuk membela Musa.
Oleh kerana Musa masih menyusu, maka mereka pun mencari ibu susuan (wet nurse). Namun atas kuasa Allah, Musa menolak kesemua ibu susuan yang mahu menyusukannya sehinggalah ibu Nabi Musa datang dan menyimpan rahsia sebagai ibu susuan yang ingin menyusukan Musa serta mengasuhnya..
Allah swt berfirman:
” Dan Kami tegah Musa dari menyusu kepada wanita-wanita yang hendak menyusukannya. (Melihatkan hal itu) kakaknya berkata. "Mahukah aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuqah rumah yang dapat memliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya” – Surah Al-Qasas, ayat 12
” Maka Kami kembalikan Musa kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinya dan tidak berdukacita, dan agar dia mengetahui bahwa janji Allah itu benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya” – Surah Al-Qasas, ayat 13
Lain kali saya akan bawakan kisah penyusuan Nabi Ismail pula ya.
Sumber:
1.blog amnikassim
2. Al-Quran Mushaf Malaysia Dan Terjemahan
3. blog kisah nabi
Subscribe to:
Posts (Atom)