Home

Showing posts with label susu ibu. Show all posts
Showing posts with label susu ibu. Show all posts

Friday, July 23, 2010

Mengandung?

Beberapa hari tidak menulis di sini. Anyway, alhamdulillah aku sudah mencecah minggu ke-12 dalam pregnancy kali ke tiga ini dan masih lagi menyusu Zara yang berusia 19 bulan ++ . 

Ramai ibu-ibu di luar sana yang ragu-ragu boleh ke mereka menyusukan anak bila mengetahui bahawa diri mereka mengandung. Jawapan nya adalah YA . Tetapi terpulang juga kepada ibu-ibu untuk meneruskan  atau tidak menyusukan anak mereka apabila mengandung. 

Terdapat pelbagai info menarik mengenai menyusukan anak sewaktu mengandung , antara nya :
1. Tandem Nursing - Ibu-ibu boleh memilih untuk menyusukan anak dan anak yang baru lahir .
2. Uterine Contraction - Bagaimana kah rasa nya ? Aku pernah rasa. Ianya seperti nyilu seperti period pain. Tapi ianya tidak terus menerus terasa sakit cuma kadang kala sahaja. 
3. Keguguran / Miscarriage - Breastfeeding tidak meningkatkan tahap keguguran unless memang dari awal pregnancy ibu-ibu mengalami permasalahan .
4. Rehat yang secukupnya - Ibu yang mengandung dan masih menyusukan anak mereka akan terasa penat lebih dari selalu. Badan akan terasa tidak sedap dan untuk mengatasi masalah ini rehat yang secukupnya amat diperlukan.Jangan memaksa badan membuat sesuatu kerja kerana ini boleh menyebabkan badan letih.
5. Makan makanan yang berkhasiat - Ini adalah penting!Ianya untuk anak yang sedang menyusu dan juga baby di dalam perut. 
6. Perubahan rasa susu - Di satu ketika, rasa susu ibu akan berubah . Ini menyebabkan si anak akan wean sendiri dari menyusu susu ibu kerana merasakan ianya tidak lagi rasa seperti biasa.
Oleh itu, jika tiada apa-apa permasalahan , teruskan menyusu anak tatkala mengandung. Tetapi jaga pemakanan, kesihatan dan juga badan kita.

Source : http://www.womenshealthcaretopics.com/preg_breastfeeding_during.htm

Friday, July 9, 2010

Mengenai Brestfeeding

Ada orang masih blur pasal breastfeed ni. Mungkin kurang bergaul dengan mereka yang breastfeed anak-anak atau pun kurang ilmu mengenai hal ni.

Menurut Wikipedia :

" Breastfeeding is the feeding of an infant or young child with breast milk directly from female human breasts (i.e., via lactation) rather than from a baby bottle or other container. Babies have a sucking reflex that enables them to suck and swallow milk."
Macamana kita nak start breastfeed anak kita?

Sebelum bersalin :

1. Banyakkan membaca tentang info breastfeeding ni.

2. Bertanya kepada mereka yang pakar ( Lactation Counsel ) , Peer Counselor ( Malaysian Breastfeeding Peer Counselor - MBfPC) .

3. Bertanya kepada mereka yang berpengalaman dalam perihal breastfeeding and such.

Sejurus Selepas Bersalin :

1. Selepas nurses telah membersihkan baby, selalu nya untuk Baby-Friendly Hospital contohnya Hospital Selayang , nurse akan terus bagi baby kepada ibu untuk disusukan. Pengalaman aku bersalin normal, nurse akan ajar dan letakkan baby di atas badan kita . Sewaktu ini, biasanya doktor masih lagi menyelesaikan apa yang perlu diselesaikan pada badan kita ( menjahit apa yang patut ) . Teruskan menyusu baby sebab susu yang awal ini adalah yang terbaik untuk baby.

2. Pastikan baby kita latch-on secara betul . Ini sangat penting sebab kalau baby tak latch-on betul kemungkinan baby tidak akan mendapat susu dengan betul . Tanya kepada nurse kalau masih kurang faham tentang latch-on yang betul. Antara posisi bagi latch-on yang betul adalah :

a)

- pastikan mulut baby terbuka luas-

b)
- rapatkan baby dengan badan kita. pastikan bukan badan kita yang rapat dengan baby, tetapi badan baby yang rapat dengan kita. ini untuk mengelakkan badan kita rasa tidak selesa , sakit pinggang sewaktu menyusukan baby -

c)
- pastikan kedudukan bibir baby seperti gambar di atas -

3. Pastikan baby dan ibu room-in together. Ini penting sebab kita tak tahu bila baby akan menangis nak kan susu. If baby diletakkan di nursery hospital, dan kita di wad maka susah kita hendak menyusukan baby. Jika room-in bersama, kot baby menangis di tengah malam senang kita nak menyusukan baby.

4. Jangan berikan artificial nipples ( botol atau puting/pacifier). Ini akan membuatkan baby confused. Nanti susah untuk baby menyusu susu ibu.

5. Jika ada mereka yang memberikan samples susu formula, cuba elakkan dari memberi baby susu formula tersebut.

Sewaktu Berpantang :

1. Pastikan baby menyusu on demand. Jangan set kan masa seperti " 2 jam sekali atau 3 jam sekali " . Baby yang breastfeed menyusu on demand. Maksudnya, kot perut dia dah lapar walaupun sejam sebelum tu baru menyusu, berikan je susu. Jangan restrict.

2. Pastikan makan makanan berkhasiat ( banyakkan sayur, ikan, daging dan ayam ) serta minum air banyak ( air suam atau milky drinks ) untuk menghasilkan susu ibu yang bermutu.

3. Jangan stress . Stress boleh datang kerana keadaan sekeliling, risau susu tak cukup, baby meragam and such.

4. Jika masih mempunyai masalah tentang hal breastfeeding , cepat2 dapatkan pertolongan dari mereka yang pakar atau berpengalaman. List bagi preferred LC boleh klik SINI ( list ni maybe akan di update dari masa ke semasa )

Good luck dalam menyusukan baby anda!

Info dari : SINI