Home

Wednesday, December 15, 2010

Pertukaran Alamat Blog

Blog ini sudah berpindah.

Sila ke http://byc.com.my/category/breastfeeding/ untuk artikel dan perkongsian baru.

Terima kasih.

Monday, December 13, 2010

G6PD dan susu ibu susut

Beberapa minggu lepas saya ada menerima mesej SOS dari rakan saya  mengenai susunya yang semakin menyusut kerana period.

Berikut adalah soalan yang rakan saya ajukan.

"My ebm stock almost deplete. Sejak aku period ni supply macam kurang. Thinking of taking fenugreek tapi baby ada G6PD defiency. Read up on the internet kata tak boleh. How else can i increase the supply?"

Secara peribadi saya tidak pernah mengambil apa-apa supplemen untuk menambahkan kuantiti susu. Jadi saya pun tidak banyak pengalaman mengenai supplemen dan makanan untuk menambahkan susu.

Walaupun fenugreek atau halba sesuai untuk sesetengah ibu tetapi ia tidak berkesan kepada individu lain. Selain itu, saya perlu ambil kira juga masalah kekurangan G6PD yang anak rakan saya hadapi

Oleh itu, sebelum memberi pendapat saya, kita perlu tahu apa itu kekurangan G6PD atau G6PD deficiency.

G6PD adalah sejenis enzim (Glukose 6 phosphate dhydrogenese) yang melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal.

Keadaan G6PD defisiensi pada bayi adalah masalah kekurangan enzim. Hal ini boleh menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu dan menyebabkan sel darah merah musnah dengan cepat.

Setiap bayi diuji G6PD nya sejurus selepas lahir. Contoh darah diambil dari tali pusat bayi, kemudiannya dihantar ke makmal untuk pemeriksaan dan pengesahan G6PD.

Jika ujian mengesahkan bayi anda kekurangan G6PD, bayi anda akan dikehendaki tinggal diwad untuk pengawasan dan rawatan. Sekiranya bayi tidak mengalami jaundis (demam kuning), bayi akan dibenarkan pulang.  Pemerhatian diperlukan untuk mengelakkan kecacatan otak dan pendengaran disebabkan oleh jaundis.

Anak-anak yang mengalami kekurangan G6PD perlu mengelakkan bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan darah merah seperti:
  • Memakan kekacang, kacang parang atau produknya
  • Menggunakan ubat gegat, ubat nyamuk
  • Memakan ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh
Simptom bayi yang terdedah atau termakan bahan-bahan diatas adalah  mendapat jaundis dengan serta merta,  air kencingnya berdarah atau berwarna teh pucat. serata mengalami demam.
Jika hendak mengambil ubat-ubat hendaklah dengan arahan / nasihat doktor.

G6PD ini diwarisi melalui faktor genetik dan selalunya terjadi kepada kanak-kanak lelaki manakala  kanak-kanak perempuan adalah pembawa.

Kini kita akan sentuh kepada jawapan yang bagi persoalannya iaitu bagaimana mahu meningkatkan susu jika perlu mengelakkan fenugreek?

  • Susukan bayi dengan kerap
  • Pam susu jika bayi anda tidak bersama
  • Makan dengan seimbang
  • Elakkan stress
  • Tidur dengan cukup
Kita juga tahu, apabila ibu-ibu didatangi haid, ia boleh mengakibatkan produksi susu menurun. Ini adalah berkaitan dengan perubahan hormon dan biasanya berlaku untuk masa yang singkat sahaja. Jadi, jika anda mengalami kesan seperti itu setiap kali datang bulan, mungkin ada baiknya anda mula meningkatkan stok susu bagi masa-masa kecemasan seperti itu.

Anda juga boleh menyusu anak secara direct dengan kerap pada waktu itu. Cuma kadangkala payudara ibu jadi lebih sensitif semasa itu.

Anda juga boleh baca dengan lebih lanjut mengenai situasi kurang produksi susu semasa datang bulan jika anda google breastfeeding and menstruation. 

Yang paling utama, anda perlu yakin, kuat semangat, banyakkan berdoa, sentiasa banyakkan menambah ilmu mengenai penyusuan dan dapatkan sokongan bagi diri anda.

Insya Allah dengan niat yang betul, Allah akan bantu kita dan mempermudahkan kesulitan kita.

Wednesday, December 1, 2010

Antara Aktiviti Kelab Susu Ibu Melaka


Jumaat lepas , Kelab Susu Ibu Melaka telah mendapat kebenaran dari Pengarah Hospital Besar Melaka untuk melakukan support mother to mother visit khasnya dalam membimbing, memberi tunjuk ajar dan support untuk ibu-ibu tentang breastfeeding.Antara jalan terbaik yang dirasakan oleh pihak Kelab adalah dengan membuat visit and support to the mothers kat hospital.


Kami ( Aku and Wawa ) sampai around 11am dan setelah diperkenalkan oleh nurses di ward O&G oleh sister Menaka, so kami pun buat lah tugasan kami. Hanya sempat cover 2 wards tapi kebanyakan ibu , anak-anak mereka diletakkan di nursery ( atas sebab kesihatan ) . So, ada few je yang baby rooming in with mother.

Ada sorang ibu ni, aku cukup salute with her determination to pump her milk. Anak dia masih di nursery atas sebab kesihatan dan masih dipuasakan ( no milk ) . So bila kami sampai di katil ibu ni, tengok dia tengah pumping. Wawa pun bantu tuamkan breast ibu ni coz dah engorged sangat. At the same time, Wawa ajar cara betul hand expressing breastmilk. Sebab ibu ni menggunakan manual pump which all mothers tau, stimulation memang payah kalau pakai manual.So, to up kan stimulation breast untuk mengeluarkan susu, jalan terbaik adalah hand express, then bila flow dah laju, sambung guna pump.Ibu ni dah lah c-zer and it was like her 2nd day but her passion to pump, bersungguh-sungguh aku tengok dan memang aku salute. Kita pun tahu siapa bersalin c-zer sakit nya memang extra lebih sikit dari bersalin normal.

Then aku attend one mum ni. Baru bersalin jam 7.20am pagi tu. And waktu aku ke katil dia, ibu ni tengah breastfeed baby dia. So, dia cakap dah lama sungguh baby dia hisap. Susu dia ada ke tak de agaknya. Aku cakap, keep on bagi to stimulate the milk supaya keluar. And ibu ni kata tangan dia dah lenguh, dia try letak baby dia, baby dia cam nangis tak puas.So aku betulkan posisi ibu, tangan biarkan relax dan lega supaya ibu selesa and tak penat badan nak susukan. Dalam breastfeeding position ni, yang penting kita kena relax, bila badan kita tak relax , tu yang kita rasa tak selesa and anak nyusu pon macam tak selesa.


So, memang kesian tengok ibu ni, aku cakap kat ibu ni, why not try lepaskan nipple. And check kot kot le baby ni poo poo ke tu yang baby cam rasa tak sedap je. Sekali bila letak kat baby cot, tu diaaaaa..poo poo amat banyak sekali. So, aku pon mau praktis balik skill pegang baby kecik , aku volunteer to bersihkan the baby girl. Lepas bersihkan apa semua , terus lelap. Huhuhuhuhu. Sign of baby kadang2 rasa tak best , adalah tengok pampers dia. Poo-poo atau kencing dah banyak sangat.Bila baby tu dah tido, aku terfikir lagi 2 bulan gitu, it’s my turn to hold a baby sekecik itu. Dah bersedia ke aku? :) 

Anyway, ada macam2 ibu dengan macam-macam jenis masalah yang kami dapat attend. And we really enjoy it even though habis je visit around 12.30pm tu, perut aku memang terasa lain macam nya. Maybe due to jalan banyak sangat. Besar gila la hospital melaka ni.

Insya allah, next friday we will be doing the same thing. Hopefully dapat jumpa mothers yang lain.

Those mothers yang nak join kami di Kelab Susu Ibu Melaka, feel free to leave a comment di entry ini atau SMS :

Arin : 016-2792755
Wawa : 019-6551980