Berikut adalah soalan yang rakan saya ajukan.
"My ebm stock almost deplete. Sejak aku period ni supply macam kurang. Thinking of taking fenugreek tapi baby ada G6PD defiency. Read up on the internet kata tak boleh. How else can i increase the supply?"
Secara peribadi saya tidak pernah mengambil apa-apa supplemen untuk menambahkan kuantiti susu. Jadi saya pun tidak banyak pengalaman mengenai supplemen dan makanan untuk menambahkan susu.
Walaupun fenugreek atau halba sesuai untuk sesetengah ibu tetapi ia tidak berkesan kepada individu lain. Selain itu, saya perlu ambil kira juga masalah kekurangan G6PD yang anak rakan saya hadapi
Oleh itu, sebelum memberi pendapat saya, kita perlu tahu apa itu kekurangan G6PD atau G6PD deficiency.
G6PD adalah sejenis enzim (Glukose 6 phosphate dhydrogenese) yang melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal.
Keadaan G6PD defisiensi pada bayi adalah masalah kekurangan enzim. Hal ini boleh menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu dan menyebabkan sel darah merah musnah dengan cepat.
Setiap bayi diuji G6PD nya sejurus selepas lahir. Contoh darah diambil dari tali pusat bayi, kemudiannya dihantar ke makmal untuk pemeriksaan dan pengesahan G6PD.
Jika ujian mengesahkan bayi anda kekurangan G6PD, bayi anda akan dikehendaki tinggal diwad untuk pengawasan dan rawatan. Sekiranya bayi tidak mengalami jaundis (demam kuning), bayi akan dibenarkan pulang. Pemerhatian diperlukan untuk mengelakkan kecacatan otak dan pendengaran disebabkan oleh jaundis.
Anak-anak yang mengalami kekurangan G6PD perlu mengelakkan bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan darah merah seperti:
- Memakan kekacang, kacang parang atau produknya
- Menggunakan ubat gegat, ubat nyamuk
- Memakan ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh
Jika hendak mengambil ubat-ubat hendaklah dengan arahan / nasihat doktor.
G6PD ini diwarisi melalui faktor genetik dan selalunya terjadi kepada kanak-kanak lelaki manakala kanak-kanak perempuan adalah pembawa.
Kini kita akan sentuh kepada jawapan yang bagi persoalannya iaitu bagaimana mahu meningkatkan susu jika perlu mengelakkan fenugreek?
- Susukan bayi dengan kerap
- Pam susu jika bayi anda tidak bersama
- Makan dengan seimbang
- Elakkan stress
- Tidur dengan cukup
Anda juga boleh menyusu anak secara direct dengan kerap pada waktu itu. Cuma kadangkala payudara ibu jadi lebih sensitif semasa itu.
Anda juga boleh baca dengan lebih lanjut mengenai situasi kurang produksi susu semasa datang bulan jika anda google breastfeeding and menstruation.
Yang paling utama, anda perlu yakin, kuat semangat, banyakkan berdoa, sentiasa banyakkan menambah ilmu mengenai penyusuan dan dapatkan sokongan bagi diri anda.
Insya Allah dengan niat yang betul, Allah akan bantu kita dan mempermudahkan kesulitan kita.
saya mengalami kurangnya sokongan semasa dalam pantang utk bf...saya rasa menyesal....sekarang bayi saya sudah 2 bulan juga mempunyi g6pd..saya mahu cuba kembali breatfeeding cuma apa yang boleh saya buat adalah stimulate kan kembali supaya pengeluaran susu ada..susu saya hanya keluar titik2 sahaja bila dipicit kerana bayi saya sejak lahir tidak mahu menyusu. hal ini kerana selapas lahir dia berada dalam pengawasan selama 3 hari. selepas hari ke empat saya cuba beri bf die sudah tidak mahu. dengan tiada sokongan, ditambah bayi yg menangis berterusan saya bg fm..tp setelah baca beberapa blog. saya mahu berubah. InsyaAllah semoga usaha saya dipermudahkan.
ReplyDelete