Home

Tuesday, August 17, 2010

Bayi tidak buang air besar dan sembelit? Risaunya saya.

Semalam saya terima email dari seorang ibu yang risau kerana anaknya tidak buang air besar (BAB) sudah beberapa hari. Beliau memberitahu saya yang beliau sudah mula memperkenalkan makanan solid kepada anaknya yang berusia 6 bulan itu.

Walau bagaimanapun, hari ini saya terima email susulan dari ibu tersebut mengatakan bayinya sudah BAB. Cuma bayinya seperti meneran, maka beliau fikirkan anaknya mungkin mengalami sembelit. 

Alhamdulillah kerana anak itu sudah pun BAB. Sudah tentulah Puan Naszas risau bila anaknya tidak BAB. Bayangkan kita yang dewasa ini, bila tidak buang air, sudah tentu perut memulas-mulas, angin pun banyak dan cepat juga naik anginnya.

:)

Sembelit memang bisa terjadi pada bayi. Bayi buang air besar yang keras dan banyak, dan keluar sekali dalam beberapa hari.  Anyway, nak tahu samada baby sembelit atau tidak bukan pada kekerapan bayi buang air. Frekuensi buang air besar antara bayi satu dengan lainnya tidak sama. Sebaiknya perhatikan konsistensi, dan warna najis bayi.

Kadang-kadang memang benar bayi nampak seperti struggle dan meneran. Tapi namapun bayi, ususnya masih belum matang. Jadi mungkin dia sedang bereksperimentasi. Kita juga harus ingat, bayi melakukan BAB sambil berbaring, dan tidak seperti orang dewasa. Jadi, reaksi seperti ini masih normal.

Jika masih lagi puan rasa bayi puan sembelit, ini ada beberapa tips yang mungkin puan boleh amalkan.

1. Beri jus buah atau puri buah-buahan.

2, Lebihkan berikan bayi air putih / susu badan

3. Berikan bubur atau makanan dicampur dengan sayuran dan buah-buahan lebih banyak seperti betik dan bayam.

4. Jika masih sembelit, tambahkan sedikit gula asli dalam minuman hariannya. Penambahan 1 sdm gula setiap hari dapat menolong keadaan. Penambahan gula ini hanya boleh diberikan ketika bayi sembelit sahaja. Jika sudah normal, hentikan pemberiannya.

5. Jika bayi yang cirit setelah diberi gula dengan sukatan tersebut, itu petanda bayi tidak tahan terhadap rasa manis. Kurangkan jumlah gula yang diberikan atau hentikan sama sekali jika mencirit masih berlaku.


Namun, jika puan mendapati bayi puan ada perkara-perkara ini, saya sarankan puan dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera:


1. Najis yang keras
2. bayi demam
3. terdapat darah pada najisnya
4. berat badannya tidak naik.
Semoga bayi dan anak-anak kita semua sentiasa sihat. Take care. 


Sumber:

http://www.tipsbayi.com

http://tipsanda.com

1 comment:

  1. Sembelit pada anak balita memang bikin gelisah pada orang tuanya.

    ReplyDelete