Home

Friday, July 16, 2010

Adakah anak saya mendapat cukup susu?

Assalamualaikum semua.

Apabila kita menyusukan anak, satu soalan yang sering kita tanya dan tertanya-tanya adalah "Adakah anak saya mendapat cukup susu?".

Sudah tentu sukar bagi kita menentukannya kerana kita tidak tahu berapa banyak yang anak kita minum tertamanya jika anak kita menyusu secara terus dari 'original container' iaitu payudara.

Janganlah risau. Bukan anda seorang sahaja yang mempunyai persoalan itu.
Menurut Irene Zoppi, seorang konsultan Laktasi, ini adalah soalan utama yang ditanya oleh ibu-ibu terutamanya ibu baru.

Berikut adalah perkara-perkara yang kita boleh perhatikan untuk memastikan samada anak kita mendapat susu yang cukup atau tidak.

1. Semasa menyusukan, kita boleh mendengar dan/atau melihat anak menelan.
2. Payudara ibu akan berasa kosong selepas bayi menyusu.
3. Mulai hari ke-5 selepas kelahiran, bayi akan menghasilkan 6-8 lampin basah, (5-6 lampin pakai buang) dan membuang air besar 2-3 kali dalam sehari.
4. Berat badan bayu bertambah dan mengikuti corak pertumbuhan normal.


Secara keseluruhan,” kata Zoppi, “ibu perlu percaya bahawa tubuhnya akan boleh menghasilkan makanan yang cukup untuk bayi sebagaimana yang telah apa yang telah diaturkan dan dicipta (oleh Tuhan).”

sumber:


1. pregnancyandbaby.sheknows.com

No comments:

Post a Comment