Home

Sunday, July 11, 2010

Memerah Susu Menggunakan Tangan


Kak Ed ada pernah bertanya macamana cara nak pam guna tangan kalau pam yang dia ada rosak.


So, kak ed, saya kongsikan tekniknya disini. Tekniknya dikenali sebagai teknik Marmet.

Basically, caranya adalah

1. Basuh tangan dengan bersih.

2. Sediakan bekas yang bersih dan bertutup.

2. Duduk dengan selesa.

3. Urut sekiling payudara untuk merangsang pengeluaran susu.

3. Jika perah payudara kiri, guna tangan kanan.

4. Ampu payudara.

5. Buat pegangan bentuk C. Hanya gunakan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.



Gambar atas posisi betul. Yang dibawah posisi jari salah kerana tidak setentang.



6. Letak ibu jari di atas areola, jari telunjuk dan jari tengah di bawah areola (setentang - imagine posisi jam 12 - 6, 3 - 9).



Tolak


7. Tolak tangan ke dalam dada secara serentak. (Meaning, jari-jari ditolak ke arah dalam tanpa mengalihkan posisi jari-jari tadi).

9. Golekkan jari seolah-olah menekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Ada dua gerakan dilakukan.



Tolak dan golek


Ulang disekeliling areola mengikut arah jam atau lawan jam sehingga payudara kosong.



10. Ulangi langkah secara rythmic. Ulangi tolak+golek, tolak+golek sehingga kilang susu kosong.

11. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Kedudukan jari sentiasa dalam posisi bertentangan contoh: 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya.

12. Ulang sehingga payudara rasa kosong.


Pastikan Kak Ed TIDAK buat perkara-perkara berikut ya.



1. Menekan dengan kuat dan mengheret jari. Payudara boleh melecet jika ini dilakukan.

2. Menarik-narik puting payudara. Lapisan-lapisan lemak pada areola boleh rosak.

3. Meramas payudara (squeeze). Payudara boleh bengkak dan kilang susu boleh rosak.

1 comment:

  1. salam kak...nice info..cda minta izin share di http://oneshaklee.blogspot.com/ ye....ada masa jemputlah jengah di blog cda.... yang bestnye cda nak highlightkan tetang suppliment n penyusuan yang berkauliti....

    ReplyDelete