Home

Monday, July 12, 2010

Adakah anda tahu? #1

Kod Antarabangsa Bagi Pemasaran Produk Gantian Susu Ibu ye;ah diperkenalkan pada tahun 1981.

Kod ini menggariskan, 

  • sebarang maklumat yang disediakan pada produk gantian susu ibu mestilah menyatakan kepentingan dan kebaikan susu ibu serta bahayanya gantian susu ibu terutamanya pada label produk;
  • melarang pengiklanan produk gantian susu ibu;
  • melarang tawaran sampel percuma kepada wanita hamil, ibu atau keluarga mereka,
  • dan melarang pengedaran sampel produk gantian susu ibu secara percuma atau bersubsidi kepada kakitangan atau kemudahan kesihatan.

sumber: http://www.ibfanasia.org

Salah satu contoh pelanggaran kod adalah satu syarikat pengeluar susu mengiklankan bahawa produk gantian susu ibu mereka adalah 'Gold Standard' bagi membekalkan nutrisi bayi.

Anda boleh memainkan peranan anda dalam memerangi pencabulan terhadap Kod ini. Sebarkan Kod ini supaya kesedaran mengenainya dapat ditingkatkan, dan lakukan pemantauan terhadap promosi dan aktiviti pemasaran.

No comments:

Post a Comment